Page 272 - rise 2017
P. 272

Rajah 2 Kerangka konsep kajian

             Metodologi
             Reka  bentuk  kajian  ini  dijalankan  secara  tinjauan  kaedah  kuantitatif.  Kaedah  ini  menggunakan  soal
             selidik  sebagai  instrumen  bagi  mengumpul  data.  Set  soal  selidik  kajian  ini  dibahagikan  kepada  dua
             bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan
             demografi  responden  seperti  jantina,  semester  pengajian  dan  PNM.  Manakala,  Bahagian  B  pula
             mengandungi 45 item dibina bagi mengukur gaya pembelajaran. Item gaya pembelajaran adalah dipilih
             dari instrumen item gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn [12].
                  Populasi kajian terdiri daripada pelajar semester 2 hingga semester 6 DPB POLIMAS. Sampel
             terdiri dari pelajar yang dipilih secara rawak sistemetik berdasarkan persampelan Krejcie & Morgan [17]
             iaitu  bagi  pelajar  yang  mempunyai  populasi  192  orang,  bilangan  saiz  sampelnya  ialah  127  orang.
             Sebanyak  192  borang  soalselidik  telah  diedarkan  kepada  pelajar  dan  sebanyak  171  soal  selidik  yang
             diterima serta dianalisis dalam kajian ini.
                  Kebolehpercayaan  bagi  konstruk  diukur  dalam  nilai  Alpha  Cronbach  yang  mengukur
             kekonsistenan  pembolehubah.  Nilai  pekali kebolehpercayaan  secara  keseluruhan  yang  telah  diperolehi
             ialah 0.786. Menurut Sekaran [18], nilai Alpha Cronbach mesti melebihi 0.5. Data-data yang diperolehi
             dianalisis  dengan  menggunakan  perisian  SPSS  for  Windows  versi  22.0.  Pendekatan  yang  digunakan
             dalam menganalisis data adalah pendekatan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min, peratusan
             dan  sisihan  piawai.  Pengkaji  juga  menggunakan  pendekatan  inferensi  Ujian  Korelasi  Pearson.  Ujian
             Korelasi  Pearson  digunakan  untuk  menentukan  hubungan  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian
             akademik dalam kalangan pelajar dengan aras signifikan 0.05.

             Analisis dan Dapatan Kajian
                  Sebanyak  192  borang  soalselidik  telah  diedarkan  kepada  pelajar  dan  hanya  171  sahaja  yang
             diterima  serta  dianalisis  dalam  kajian  ini.  Seramai  171  orang  responden  yang  terdiri  daripada  pelajar
             semester  2  hingga  semester  6  DPB  POLIMAS  telah  berjaya  menjawab  soal  selidik  dengan  lengkap.
             Responden  adalah  terdiri  daripada  81  (47.4%)  orang  pelajar  lelaki  dan  90  (52.6%)  orang  pelajar
             perempuan. Daripada keseluruhan responden tersebut, sebanyak 46.2% (n=79) pelajar semester 2, 11.1%
             (n=19) pelajar semester 3, 14.6% (n=25) pelajar semester 4, 4.7% (n=8) pelajar semester 5 dan 23.4%
             (n=40) pelajar semester 6.

             Persoalan  Kajian  1:  Mengenal  pasti  gaya  pembelajaran  yang  dominan  dalam  kalangan  pelajar
             berdasarkan gaya pembelajaran Model Dunn & Dunn
   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277