Page 277 - rise 2017
P. 277

Bidang keusahawanan mampu memberi sumber pendapatan kepada masyarakat, terutamanya bagi pelajar
             yang baru menamatkan pengajian.  Walaubagaimanapun masih terdapat pelajar yang tidak mempunyai
             pekerjaan tetapi masih menolak untuk menceburkan diri mereka dalam bidang keusahawanan.
             Justeru  itu,  kajian  ini  dilaksanakan  dalam  kalangan  pelajar  Politeknik  Sultan  Salahuddin  Abdul  Aziz
             Shah  (PSA)  dan  Politeknik  Nilai  (PNS)  bagi  melihat  adakah  bidang  keusahawanan  menjadi  pilihan
             mereka.  Sikap,  minat  dan  persepsi  mereka  terhadap  kerjaya  keusahawanan  harus  diperbetulkan  agar
             keusahawanan dipilih sebagai salah satu peluang pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian.

             Objektif Kajian
             i. Mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan yang mendorong minat pelajar terhadap bidang   keusahawanan.
             ii.  Mengenalpasti  faktor-faktor  yang    mendorong  pemilihan  kerjaya  keusahawanan  dalam  kalangan
               pelajar.
             iii. Mengenalpasti strategi memantapkan budaya  keusahawanan dalam  kalangan  pelajar.

             Kajian Literatur
             Nor  Aishah  Buang  dan  Yufiza  Mohd  Yusof  (2006),  menyatakan  antara  faktor-faktor  motivasi
             keusahawanan  terdiri  daripada  latar  belakang  keluarga,  pendidikan  dan  faktor  psikologi  seperti
             kebebasan,  puas  hati,  kejayaan,  pengiktirafan  dan  peranan  penting.  Nor  Aishah    Buang  (2006),
             menyatakan  bahawa  kurikulum  pendidikan  keusahawanan  diasaskan  kepada  empat  tunjang  iaitu
             pembentukan sikap atau ciri-ciri penting, pembentukan atau orientasi, kemahiran pengurusan perniagaan
             dan  pembentukan  vokasional.  Ahli  keluarga  mampu  menggalakkan  pelajar  untuk  menjadi  seorang
             usahawan.Malah,  terdapat  pelajar  yang  datang  daripada  keluarga  usahawan  serta  didedahkan  dengan
             dunia perniagaan sejak kecil lagi.
             Pemupukan  budaya  keusahawanan  di  peringkat  sekolah  telah  mula  di  integrasikan  dalam  sistem
             pendidikan Negara baik diperingkat sekolah rendah, menengah ataupun pengajian tinggi. Hasrat kerajaan
             membentuk  “mindset”  keusahawanan  dalam  system  pendidikan  kita  dapat  dilihat  dalam  RMK-9  dan
             RMK-10. Mata pelajaran Asas keusahawanan juga telah diperkenalkan disekolah-sekolah (Norasmah &
             Halimah 2007). Pemupukan budaya keusahawanan diperingkat sekolah rendah telah diperluaskan kepada
             aktiviti kukurikulum seperti Program Keusahawanan Remaja (Norasmah 2002) dan diambil sebagai satu
             kriteria dalam membangunkan modal insan cemerlang. Ini dibuktikan apabila Modul Kemahiran Insaniah
             (2006)  oleh  Kementerian  Pendidikan  Tinggi  (KPT)  untuk  pelajar  Institusi  Pengajian  Tinggi  Awam
             negara ini mengambilkira aspek keusahawanan sebagai salah satu aspek kemahiran insaniah yang perlu
             dikuasai oleh para graduan
                  Abdul  Said  Ambotang  (2012),  menyatakan  bahawa  keusahawanan  merupakan  bidang  kerjaya
             yang sangat penting di Negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan terutamanya
             sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, yang seterusnya
             membantu perkembangan ekonomi Negara pada abad ke-21. Nor Fadila dan Dzufi Iszura (2011) dalam
             kajiannya mendapati faktor yang mempengaruhi minat pelajar pendidikan teknik dan vokasional memilih
             keusahawanan  sebagai  kerjaya  disebabkan  oleh  pendidikan.  Ini  adalah  kerana  pendidikan  memberi
             pengetahuan asas kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan.
                  Norani  dan  Norisham  (2011)  dalam  kajiannya  mendapati  pelajar  cenderung  terhadap  bidang
             keusahawanan kerana melalui bidang ini mereka akan dapat mengubah taraf hidup mereka ke tahap lebih
             selesa di samping pelbagai kemudahan dan jenis pembiayaan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti
             TEKUN dan MARA dalam memulakan perniagaan.Bantuan dan sokongan kerajaan adalah amat penting
             kepada  seseorang  usahawan  dalam  memilih  kerjaya  usahawan  sebagai  kerjaya  utama  kerana  kerjaya
             keusahawanan adalah sumber yang paling banyak memberi pulang modal.

             Metodologi kajian
             Kajian yang dijalankan adalah kajian  deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang
             soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah pengumpulan
             data  menggunakan  soal  selidik.  Sampel  kajian  terdiri  daripada  pelajar  semester  5  dan  6  daripada  dua
             buah politeknik adalah seramai 512 orang dan dipilih secara rawak.
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282