Page 281 - rise 2017
P. 281

yang berkepentingan yang boleh menyokong minat
                     pelajar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya
                                    pilihan

                     Memasukkan kursus-kursus keusahawanan  dalam
              7.                                                4.30      Sangat Tinggi
                                   kurikulum

                  Jadual 4 menunjukkan strategi memantapkan budaya keusahawanan, secara keseluruhannya nilai
             min  purata  bagi  pembolehubah  strategi  yang  boleh  memantapkan  budaya  keusahawanan  adalah  pada
             nilai 4.34. Ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya memberi pendedahan awal ilmu keusahawanan
             dan perniagaan kepada pelajar perlu bermula pada alam sekolah.

             Perbincangan dan Kesimpulan
             Kajian  ini  adalah  berdasarkan  kepada  hasil  kajian  dan  keputusan  analisis  data  yang  telah  dijalankan.
             Kajian ini memberi tumpuan ke atas tiga (3) pesoalan kajian iaitu mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan
             yang  mendorong  kecenderungan  pelajar  terhadap  bidang  keusahawanan,  mengenalpasti  faktor-faktor
             yang  mendorong  pemilihan  kerjaya  keusahawanan  dan  strategi  yang  boleh  memantapkan  budaya
             keusahawanan  dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
             Shah dan Politeknik Nilai. Kesimpulan kajian yang  diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap
             kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya berada pada tahap tinggi dan
             sangat tinggi.

             Jadual 5: Analisis Min Purata Keseluruhan
             Bil              Objektif Kajian             Skor Min      Tafsiran Tahap
                                                         Keseluruhan
             1.    Ciri-ciri  keusahawanan  yang  mendorong   4.07         Tinggi
                   kecenderungan pelajar

             2.    Faktor  yang  mendorong  pemilihan  kerjaya   4.12      Tinggi
                   keusahawanan

             3.    Strategi  yang  boleh  memantapkan  budaya   4.34     Sangat Tinggi
                   keusahawanan


             Merujuk  kepada  Jadual  5,  dapatan  hasil  kajian  mengenai  ciri-ciri  keusahawanan  yang  mendorong
             kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan, skor min keseluruhan  adalah 4.07 dan berada
             pada tahap tinggi. Skor min yang diperolehi ini memberi tafsiran bahawa responden mempunyai ciri-ciri
             sebagai  seorang  usahawan.  Kenyataan  ini  selari  dengan  kajian  oleh  Norani  &  Norisham  (2011)  yang
             menyatakan  kecenderungan  pelajar  terhadap  bidang  keusahawanan  adalah  kebolehan  mereka  bekerja
             dengan teliti disamping seorang yang bertenaga dan keyakinan diri yang tinggi.
             Manakala  menurut  Shahrin  &  Hemalata,  (2013),  ciri-ciri  keusahawanan  yang  dominan  terdapat  pada
             pelajar ialah merancang  sesuatu tugasan sebelum memulakannya serta tidak mudah berputus asa. Hasil
             kajian  pemantapan  keusahawanan  di  kalangan  belia  juga  mendapati  secara  keseluruhan  majoriti
             respondan  memiliki  ciri-ciri  usahawan  iaitu    rajin  dan  bersungguh-sungguh,  jujur  dan  amanah  dan
             berkeyakinan tinggi memperolehi peratusan yang tertinggi.
             Bagi persoalan yang ke dua, skor min keseluruhan ialah 4.12 dan ianya berada di tahap yang tinggi. Hasil
             analisa mendapati secara keseluruhan faktor yang mendominasi dalam mendorong responden menceburi
             bidang  keusahawanan  adalah  inspirasi  dari  kejayaan  orang  lain,    ingin  menawarkan  khidmat  kepada
             masyarakat,  dorongan  ahli  keluarga,  rakan  dan  ingin  cepat  kaya  serta  menikmati  cara  hidup  mewah.
             Terdapat  juga  respondan  yang  memilih  bidang  keusahawanan  disebabkan  oleh  peluang  kerja  yang
             terbatas.
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286