Page 284 - rise 2017
P. 284
Elemen Nilai Bagi Pelajar Terhadap Pensyarah: Suatu Kajian di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Malaysia
Nairul Akmar Akashah, Izham Effendy Ismail & Mohd Ridhuan Mohd Jamil
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan elemen nilai yang memfokuskan kepada keperluan
hubungan pelajar terhadap pensayarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Nilai. Kajian yang
dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan borang soal
selidik. Seramai 100 orang pelajar kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal daripada Politeknik
Nilai menyertai kajian ini. Pelajar ini dipilih secara rawak daripada semester satu sehingga semeter enam.
Nilai skor min setiap elemen nilai ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for The
Social Sciences 19.0 (SPSS 19.0). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen nilai yang
melibatkan keperluan hubungan pelajar terhadap pensyarah berada pada tahap yang diperlukan
berdasarkan penafsiran min yang diadaptasi daripada Wiersma (2000). Elemen nilai ini adalah merujuk
kepada elemen (1) Menghormati pensyarah; (2) Berdiam diri apabila tidak disoal oleh pensyarah; (3)
Memohon kebenaran untuk bertanya kepada pensyarah; (4) Menunjukkan sikap yang seiring pendapat
dengan pendapat pensyarah; dan (5) Beretika apabila bercakap dengan pensyarah. Jelas membuktikan
bahawa proses penerapan nilai dalam pengajian kejuruteraan perlu diperkasakan agar dapat melahirkan
pelajar kejuruteraan yang seimbang daripada aspek akademik dan sahsiah.
Kata kunci: Nilai, Penghayatan, Pelajar, Sikap, Akhlak & Pensyarah
Pengenalan
Pandangan Mohd Ridhuan (2007) yang menghujahkan bahawa kriteria sebuah negara yang ingin
mencapai tahap negara maju adalah dengan memperkukuhkan sistem pendidikan agar ia mantap dan
berkesan. Beliau juga memberi pendapat bahawa pembangunan sesebuah negara tidak seharusnya maju
dari segi pembangunan material tetapi turut merangka pembangunan nilai yang meliputi soal tingkah
laku manusia.
Elemen nilai adalah satu elemen penting yang berupayah dirujuk secara langsung kepada
hubungan manusia dengan Penciptanya dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain. Nilai yang
baik mampu menghasilkan individu yang baik, individu yang baik baik pula dilihat berupaya
menghasilkan masyarakat yang baik dan akhirnya mampu mewujudkan sebuah negara yang baik dan
sejahtera. Hal ini adalah sejajar dengan Abdul Salam (2010) bahawa nilai moral dan akhlak perlu
diberikan keutamaan ke dalam semua bidang ilmu untuk menghasilkan masyarakat yang harmonis.
Jsutifikasi ini menunjukkan bahawa perlunya adalah satu elemen hubungan nilai di antara pelajar dengan
pensyarah .
Politeknik Malaysia adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang termasuk di dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Diketahui bahawa fungsi politeknik sebagai salah satu institusi pengajian tinggi
awam di Malaysia adalah untuk merealisasikan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja
mahir dan separa mahir yang dapat menyumbang ke arah pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara
maju, ia dapat dilihat dengan jelas melalui visi Politeknik Malaysia iaitu; “Penjana Modal Insan Inovatif
Melalui Pendidikan Dan Latihan Transformasional Bagi Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Global
Menjelang Tahun 2015”.
(Visi Politeknik Malaysia, 2013)
Modal insan ini secara jelasnya menunjukkan bahawa aspek nilai adalah sesuatu perkara yang
amat dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam menuju ke arah pembentukan
negara yang maju dari aspek fizikal dan pembentukan akhlak.
Pernyataan Masalah
Jika diselusuri kepada sistem pendidikan di Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia amat
menitik beratkan pembangunan sahsiah ke dalam diri pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek
kerohanian juga telah diberi penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila berbicara