Page 289 - rise 2017
P. 289
Sepanjang Hayat [4], KKPS juga bersama-sama mengembelengkan tenaga dalam merealisasikan teras ini
dengan memberikan kualiti latihan terbaik untuk para komuniti setempat.
Bagi memastikan kursus pendek ini sentiasa mendapat tempat di hati komuniti setempat,
pelbagai usaha promosi telah dirangka untuk dijalankan. Pelbagai kaedah promosi yang diguna pakai
dalam mempromosikan kursus-kursus pendek antaranya pameran, ceramah, roadshow, media cetak,
media elektronik dan sebagai [5]. Begitu juga halnya dengan KKPS dalam menyebarluaskan maklumat
tentang kursus pendeknya dalam menarik minat para peserta kursus. Namun setiap kaedah pengiklanan
perlukan pengenalpastian kumpulan sasaran agar memudahkan pihak pengurusan merancang strategik
pemasaran dengan lebih baik dan berkesan [6]. Oleh sebab itu, KKPS merancang strategi yang
bersesuaian sebagai medium utama bagi menarik perhatian komuniti setempat untuk menyertai kursus
yang dianjurkan.
Pelbagai jenis kursus pendek mengikut kluster-kluster tertentu dirancang oleh pihak KKPS bagi
menarik minat ramai komuniti setempat bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran secara berkumpulan atau
individu kerana setiap perkara yang baru dan berbeza yang dilalui oleh setiap insan adalah merupakan
proses pembelajaran sepanjang hayat. Setiap kemahiran yang diperolehi dapat membantu meningkatkan
kualiti modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi [7].
Objektif kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:
i. Mengenalpasti jenis media sosial yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan
meraih peserta kursus pendek.
ii. Menentukan jenis media sosial yang menjadi sumber maklumat utama keberkesanan
kursus pendek.
Kepentingan Kajian
Penyertaan peserta dalam kursus pendek yang dianjurkan oleh pihak KKPS sangat membantu diri dengan
menambah ilmu sedia ada dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup peserta. Peserta bukan sahaja
dapat mengaplikasikan kemahiran yang ditimba untuk menjalani kehidupan malahan ada juga yang
menggunakan ilmu tersebut bagi memulakan perniagaan. Dengan cara ini, mereka dapat membantu
menambahkan pendapatan keluarga.
Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak KKPS khususnya dan semua
Kolej Komuniti amnya dalam menjalankan promosi yang lebih efektif bagi menarik minat komuniti
setempat dalam menyertai kursus-kursus pendek yang telah dirancangkan. Malah, kajian ini juga
diharapkan dapat menambah sumber rujukan dan menjadi dorongan kepada penyelidik lain membuat
kajian ke arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem pendidikan negara.
Rekabentuk kajian
Kaedah kajian yang digunakan adalah tinjauan berbentuk deskriptif dangan menggunakan kaedah
kuantitatif iaitu penggunaan set soal selidik yang diedarkan menggunakan medium media sosial iaitu
Google Doc kepada responden yang terdiri peserta kursus pendek yang aktif menyertai kursus pendek
yang dianjurkan oleh KKPS. Kajian berbentuk deskriptif akan dapat memberikan gambaran atau
maklumat tentang keadaan pada suatu masa tertentu, disamping membantu untuk membuat perancangan
pada masa akan datang [8].
Kajian deskriptif hanya melibatkan punca dan akibat berdasarkan data yang diperolehi. Maka,
penyelidik tidak boleh memanipulasikan sebarang faktor atau fenomena yang akan mempengaruhi
tingkah laku pencapaiannya. Set soal selidik dijadikan alat untuk mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Instrumen set soal selidik adalah merupakan kaedah yang paling mudah dan cepat bagi
mendapatkan maklumat penyelidikan [9].
Instrumen Kajian
Untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini, penyelidik telah meyediakan satu set soal selidik yang
merangkumi bahagian untuk mendapatkan maklumat latar belakang reponden dan bahagian untuk
mendapatkan maklumat keberkesanan promosi kursus pendek melalui media sosial.
Responden dikehendaki menjawab set soal selidik ini yang disebarluaskan melalui medium
media sosial yang sangat mudah dicapai tidak mengira tempat dan masa.