Page 290 - rise 2017
P. 290
Hasil Dapatan dan Perbincangan
Jadual 1: Latar belakang responden
Profil Kategori Kekerapan Peratusan
Lelaki 4 9.50
Jantina Perempuan 38 90.50
<21 0 0.00
21-40 14 33.30
41-55 23 54.80
Umur >55 5 11.90
Melayu 42 100.00
Kaum Lain2 0 0.00
Sendiri 15 35.70
Kakitangan awam 8 19.00
Kakitangan swasta 6 14.30
Surirumah 7 16.70
Pekerjaan Lain-lain 6 14.30
<1000 17 40.50
1000 - 3000 10 23.80
>3000 9 21.40
Pendapatan Tiada pendapatan 6 14.30
Menerusi kajian yang dijalankan, sebanyak 42 orang responden telah mengambil bahagian dalam
kaji selidik google docs melalui laman sosial Kolej Komuniti Pasir Salak. Responden merupakan peserta
kursus pendek yang pernah menyertai pelbagai kursus di bawah akaun amanah di KKPS.
Jadual 1 menunjukkan, seramai 38 orang, iaitu 90.5% responden adalah perempuan, manakala
hanya 4 orang, 9.5% sahaja lelaki. Ini menunjukkan responden perempuan lebih ramai berbanding lelaki.
Untuk unjuran umur responden. Seramai 14 orang, 33.3% adalah berusia sekitar 21 hingga 40 tahun,
manakala seramai 23 orang, 57.8% bagi lingkungan usia 41 hingga 55 tahun. Seterusnya seramai 5 orang
sahaja responden yang berusia melebihi 55 tahun, iaitu umur pencen dalam perkhidmatan kerjaya. Hasil
dapatan mendapati, majoriti responden adalah dalam lingkungan umur 41 ke 55 tahun.
Bagi penentuan profil kaum, sebanyak 100 peratus responden terdiri daripada kaum Melayu.
Jumlah penduduk Melayu dan kedudukan Kolej Komuniti Pasir Salak yang berada di Perak Tengah
menyumbang kepada dapatan di atas. Ini bermakna, keputusan seterusnya boleh dikatakan adalah hasil
respon daripada kaum Melayu sahaja.
Seterusnya, kategori pekerjaan responden. 15 orang iaitu sebanyak 35.7% responden bekerja
sendiri. Seramai 8 orang 19% dan 6 orang, 14.3% masing-masing kakitangan awam dan kakitangan
swasta. Jumlah surirumah yang meyertai kajiselidik pula adalah seramai 7 orang, 16.7%, manakala
selebihnya adalah lain-lain seperti pelajar, ataupun pesara.
Akhir sekali, bagi menunjukkan wajaran pendapatan responden adalah seperti berikut; seramai
17 orang, 40.5% di bawah RM1000.00, 10 orang berpendapatan antara RM1000.00 ke RM 3000.00.
Manakala hanya 9 orang, 21.4% yang menunjukkan pendapatan melebihi RM3000.00. Selebihnya tiada
pendapatan, mahupun pendapatan tetap seramai 6 orang, 14.3%.