Page 286 - rise 2017
P. 286
Dapatan Kajian
Pengkaji menggunakan indikator dalam Jadual 2 bagi setiap nilai skor min purata. Indikator ini diadaptasi
daripada Mohd Ridhuan (2007).
Jadual 2:Penafsiran Skor Min
Julat Skor Min Aras Persetujuan Penafsiran Min
1.00 – 2.40 Tidak Bersetuju Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana Setuju Sederhana
3.81 – 5.00 Setuju Tinggi
Jadual 3 memaparkan min tahapbagi elemen nilai terhadaphubungan pelajar dengan Pensyarah yang ada
pada diri pelajar kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan Malaysia Politeknik Malaysia.
Jadual 3:Tahap Elemen Nilai Bagi Hubungan Pelajar Dengan Pensyarah
Skor Purata Penafsiran
No. Hubungan Dengan Pensyarah Skor Min
Min Tahap
1 Menghormati pensyarah / mentor. 3.86
2 Berdiam diri apabila tidak disoal oleh pensyarah / 3.75
mentor.
3 Memohon kebenaran untuk bertanya kepada pensyarah / 3.79 3.72 Sederhana
mentor.
4 Menunjukkan sikap yang seiring pendapat dengan 3.58
pendapat pensyarah / mentor.
5 Beretika apabila bercakap dengan pensyarah / mentor. 3.64
Perbincangan
Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan satu keputusan yang agak menarik. Aspek nilai hubungan
pelajar dengan pensyarah, purata skor min turut berada di dalam tahap sederhana iaitu 3.72. Pelajar yang
berakhlak sentiasa menghormati dan mentaati gurunya (Al-Ghazali). Pensyarah adalah ibarat ibu bapa
pelajar di dalam sesi pengajian. Maka, keberkatan ilmu adalah amat bergantung kepada kerehaan seorang
guru (Osman, 2009). Ini jelasa memperlihatkan bahawa sebagai seorang pelajar hubungan dengan guru
haruslah dijaga kerana hubungan yang baik dengan pensyarah / mentor mampu untuk menghasilkan jati
diri pelajar yang unggul.
Kesimpulan
Hasil dapatan kajian ini dilihat adalah masih bersifat awalan kerana terdapat kekangan yang
menyebabkan kesimpulan yang efektif tentang keperluan elemen nilai dalam diri pelajar kejuruteraan
mekanikal Politeknik Malaysia. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini boleh menjadi data asas
terhadap keperluan elemen nilai dikaji dan digarapkan ke dalam sistem pengajian kejuruteraan di
Politeknik Malaysia. Bagi mendapatkan data yang efektif, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan
dijalankan dengan mengambil pandangan pakar dalam memberi keputusan.
Rujukan
Abdul Salam Yusof. 2010. Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali & Konfusius. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ann Margaret & Mohd Zuri Ghani. 2008. Pelajar Pintar Cerdas dan Masalah Yang Dihadapi.
Digest Pendidik. Jilid 8. Bil. 1: 8-13
Cooper, H. (1982). Scientific guidelines for conducting integrative research reviews. Review of
Educational Research, 52, 291-302.
Visi Politeknik Malaysia. 2014. Jabatan Pengajian Politeknik. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Putrajaya.