Page 291 - rise 2017
P. 291
Rajah 1 : Tahap pengetahuan promosi kursus pendek
Berdasarkan rajah 1, tinjauan untuk menentukan tahap pengetahuan responden mengenai
promosi kursus pendek yang ditawarkan di KKPS mendapati, 33 orang (78.6%) didapati mengetahui,
malahan , seramai 8 orang (19%) sangat mengetahui dan seorang tidak mengetahui promosi kursus
pendek yang ditawarkan oleh KKPS.
Rajah 2:Pilihan saluran informasi kursus pendek
Apabila soalan kajiselidik menjurus kepada saluran informasi untuk memperolehi maklumat
kursus pendek di KKPS, jumlah responden menunjukkan media sosial adalah saluran yang paling mereka
gunakan untuk mendapatkan maklumat. Berdasarkan rajah 2, jumlah peratusan responden yang memilih
media sosial adalah seramai 40 orang yang menyumbang kepada 95.2 peratus dari jumlah keseluruhan.
Selebih adalah sebanyak 2 orang (4.8%) yang mengatakan mendapat maklumat dari perbualan mulut ke
mulut. Dapatan ini menunjukkan majoriti masyarakat kini sangat kerap menggunakan media sosial
sebagai sumber informasi mereka, berbanding medium lain seperti laman sesawang, iklan, poster mahu
pun panggilan telefon [10]