Page 292 - rise 2017
P. 292
Rajah 3 : Jumlah kursus yang diikuti di KKPS
Berdasarkan rajah 3, didapati seramai 11 orang responden telah menyertai kursus pendek di
KKPS melebihi lima kali. Ini bermakna, sekiranya 11 orang ini hanya dikira menyertai sebanyak lima
kali, penyertaan mereka telah pun mencecah sebanyak 55 (26.2%) penyertaan dalam kursus pendek. Bagi
yang menyertai antara 2 hingga 4 kali pula adalah seramai 13 orang (31%) dan yang menyertai hanya
sekali kursus pendek adalah seramai 18 orang(42.9%). Kadar penyertaan berulang oleh peserta yang
mencecah 26.2% ini, menyumbang kepada kejayaan kursus pendek yang dianjurkan. Maka penentuan
jenis kursus yang sesuai yang mendapat permintaan ramai juga boleh dinilai berdasarkan kursus yang
kerap diikuti di KKPS oleh responden.
Rajah 4 : Jenis kursus yang paling kerap diikuti di KKPS
Berikutan penyertaan yang tinggi oleh kebanyakan peserta, maka jenis kursus yang kerap diikuti
juga boleh ditentukan melalui carta di atas. Berdasarkan rajah 4, sebanyak 28 responden (66.7%) telah
menyertai kursus masakan, diikuti dengan kursus jahitan sebanyak 9 responden (21.4%), 3 responden
(7.1%) mengikuti program pembangunan diri, dan selebihnya mengikuti kursus-kursus lain. Jumlah
penyertaan yang tinggi untuk kursus masakan dan jahitan, mungkin dipengaruhi oleh jumlah responden
perempuan seramai 38 orang berbanding responden lelaki cuma seramai 4 orang sahaja.