Page 295 - rise 2017
P. 295
Rajah 9 : Kepuasan hati responden terhadap kaedah promosi
Akhir sekali, berdasarkan rajah 9, pengkaji mahu memastikan sama ada segala kaedah promosi
yang dilakukan memberi kepuasan hati kepada responden, 42 orang iaitu 100 peratus mengatakan mereka
berpuas hati. Dapatan jelas menunjukkan usaha dan kaedah promosi sedia ada adalah baik, namun
pengkaji akan terus meneroka pelbagai lagi kaedah promosi lain sekiranya boleh memberi tahap
penerimaan yang baik di masa akan dating.
Kesimpulan dan Cadangan
Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa, jenis media sosial yang paling banyak menyumbang
kepada kejayaan meraih peserta kursus pendek adalah melalui aplikasi WhatsApp. Manakala jenis media
sosial yang menjadi sumber maklumat utama keberkesanan kursus pendek juga adalah aplikasi
WhatsApp. Dapatan ini menunjukkan masyarakat kini mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada
penggunaan aplikasi mobil, dan tidak tertakluk kepada penggunaan komputer peribadi semata-mata
dalam pencarian maklumat. Pemilihan jenis media sosial yang menyumbang kepada kejayaan kursus
pendek di KKPS juga menjurus kepada aplikasi mobil iaitu WhatsApp, diikuti dengan Facebook,
Telegram dan Instagram.
Oleh hal yang demikian, adalah dicadangkan bagi setiap program yang perlu disebarluaskan,
pemilihan aplikasi WhatsApp amatlah membantu. Malahan penggunaannya secara bersepadu dengan
media lain akan memberi kesan yang menyeluruh. Namun, kesahihan serta kejituan maklumat juga masih
perlu dikawal supaya masyarakat yang menerima maklumat melalui media sosial itu kelak hanya
mendapat maklumat terkini dan tidak sekadar mendapat maklumat yang diulang-ulang untuk suatu
tempoh masa yang panjang. Sungguhpun demikian, sebagaimana pesatnya teknologi maklumat itu
berkembang, penggunaan media sosial juga perlu mengikut perkembangan semasa. Maka amatlah
dicadangkan untuk terus mencari pelbagai lagi aplikasi lain, yang boleh membantu menyebarkan
maklumat, kepada pelbagai golongan dan tidak hanya golongan yang mengikuti perkembangan semasa
teknologi itu sendiri.
Rujukan :
[1] Delivering Lifelong Learning for Knowledge, Creativity and Innovation. Draft 2008 Joint Progress
Report of the Council and the Commission on the Implementation of the Education and Training
20101 Work Programme. Commission of the European Communities (2007).
[2] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005.
[3] mytn50.com
[4] Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015) : Mecetus Transformasi Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011)
[5] Julinawati Suanda, Prof. Madya Che Mohd. Ruzaidi Ghazali, Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah,
Zuber Haji Mohamad, Ruzalina Ibnu Ruslan, Nor Azmah Abd. Karim, Promosi UniMAP :