Page 299 - rise 2017
P. 299
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri dari 100 orang pelajar kerjuruteraan berasaskan Work-Based Learning (WBL) yang
baharu sahaja melengkapkan pengajian mereka di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Malaysia.
Jenis persampelan yang dijalankan adalah jenis bertujuan. Penyertaan mereka dalam kajian ini adalah
secara sukarela.
Dapatan Kajian
Bagi menginterpretasi data kajian yang menggunakan skor min bagi setip elemen nilai, pengkaji
menggunakan Jadual 2 yang menjadi indikor bagi setiap nilai skor min purata.
Jadual 2:Penafsiran Skor Min
Julat Skor Min Aras Persetujuan Penafsiran Min
1.00 – 2.40 Tidak Bersetuju Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana Setuju Sederhana
3.81 – 5.00 Setuju Tinggi
Diadaptasi daripada Mohd Ridhuan (2007)
Jadual 3 menunjukkan min tahap elemen nilai bagi hubungan pelajar dengan rakan yang ada pada diri
pelajar kejuruteraan yang mengikuti mod pengajian berasaskan Work-Based Learning (WBL) di
Politeknik Malaysia.
Jadual 3:Tahap Elemen Nilai Bagi Hubungan Pelajar Dengan Rakan
Skor Purata Penafsiran
No. Hubungan Dengan Rakan Skor Min
Min Tahap
1 Mengutamakan semangat setiakawan. 4.11
2 Bekerjasama dalam perkara kebaikan. 3.55
3 Menjaga keaiban rakan 3.64 3.87 Tinggi
4 Menjaga percakapan sesama rakan. 3.90
5 Memanggil nama rakan dengan nama yang baik. 3.96
6 Mengutamakan semangat setiakawan. 4.11
Perbincangan
Aspek nilai hubungan dengan rakan mempunyai nilai purata skor min 3.87 dan ia berada pada tahap
tinggi. Hubungan pelajar dengan rakan memang diakui amat kuat kerana antara faktor besar yang mampu
mencorakkan kehidupan seorang pelajar adalah rakan mereka sendiri. Hal ini adalah berdasarkan
pandangan Ann dan Mohd Zuri (2008) yang berhujah bahawa rakan sebaya mampu memberikan nilai
negatif kepada pelajar, walau bagaimanapun terdapat juga rakan yang mampu mempenaruhi seseorang
pelajar menjadi pelajar yang baik. Ini menunjukkan bahawa pelajar seharusnya memilih rakan yang baik
dan penerapan pemilihan rakan yang baik juga perlu dilakukan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
Kesimpulan
kajian ini sebenarnya masih bersifat awalan kerana terdapat halangan yang boleh di atasi yang
menyebabkan kesimpulan berkesan tentang keperluan elemen nilai dalam diri pelajar kejuruteraan
mekanikal Politeknik Malaysia. Cadangan daripada pengkaji adalah dijalankan kajian yang bersifat
holistik dengan melibatkan pensyarah, penggubal kurikulum dan pensyarah pakar bagi melihat keperluan
nilai dalam kangan pelajar sesama pelajar.
Rujukan
Abdul Salam Yusof. 2010. Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali & Konfusius. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ann Margaret & Mohd Zuri Ghani. 2008. Pelajar Pintar Cerdas dan Masalah Yang Dihadapi.