Page 302 - rise 2017
P. 302

Perlakuan  seperti  ini  sebenarnya  banyak  mendatangkan  masalah  kepada  pihak  pengurusan
             institutusi tersebut. Ini adalah kerana institusi pendidikan seperti institut kemahiran adalah tempat bagi
             para  pelajar  menyambung  pengajian  mereka  dalam  bidang  kemahiran.  Institut  kemahiran  juga
             mempunyai fungsi yang hampir sama dengan sekolah iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan secara
             formal dan sistematik disamping membentuk, mendidik dan melatih diri seseorang pelajar agar menjadi
             insan yang berilmu dan berperibadi mulia.
                  Gejala ponteng agak membimbangkan kita kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan
             ilmu  di  kalangan  remaja  yang  mengangap  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di  sekolah  menyekat
             kebebasan sosial mereka. Institut kemahiran bukan sekadar tempat untuk menambah ilmu pengetahuan
             semata-mata malah ia merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat yang akan membentuk
             budaya generasi akan datang.
                  Masalah  ketidakhadiran  pelajar  ke  kuliah  di  institusi  pengajian  tinggi  seperti Kolej  Komuniti,
             Politeknik dan Universiti kurang mendapat perhatian dari pihak pengkaji. Ini bukan bermakna di institusi
             pengajian tinggi ini tidak terdapat kes ketidakhadiran pelajar sepertimana di sekolah hanya disebabkan
             mereka merupakan golongan yang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
             Masalah  ketidakhadiran  merupakan  masalah  yang  berterusan,  dimana  ianya  terjadi  bukan  hanya  di
             peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi malah ke dalam dunia pekerjaan.
                  Menurut Rasidah bt Omar (2005) [3], ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran
             pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Akibat daripada kelewatan
             para  pelajar  ini,  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  terganggu  dan  secara  tidak  langsung  akan
             merencatkan suasana di dalam kuliah. Menurut Hafizi (2008)[2], masalah ini bukan sahaja melumpuhkan
             proses  pembelajaran  di  dalam  kelas  tetapi  merugikan  tahap  pembelajaran  pelajar  itu  sendiri.  Hal  ini
             menimbulkan  rasa  ketidakpuasan  hati  dalam  kalangan  para  pensyarah  kerana  pelajar  yang  lewat
             menghadiri kuliah ini seolah-olah tidak menghormati pensyarah dan rakan sekuliah yang lain. Tambahan
             pula, pelajar seringkali diingatkan supaya sentiasa menepati masa.
                  Antara  punca  utama  yang  menyebabkan  kelewatan  para  pelajar  ke  kuliah  merupakan  sikap
             pelajar  itu  sendiri  seperti  bangun  lewat,  penat  dan  juga  masalah  pengurusan  masa.  Menurut  Buku
             Panduan  Bagi  Mengatasi  Masalah  Ponteng  Di  Sekolah  yang  diterbitkan  oleh  Kementerian  Pelajaran
             Malaysia  (1994)[4],  antara  sebab-sebab  ponteng  dan  hadir  lewat  ke  sekolah  berpunca  daripada  diri
             pelajar sendiri.

             PENYATAAN MASALAH
             Berdasarkan analisis yang dijalankan pengkaji melalui Borang Pemantauan Kuliah/Amali kurang 80%
             yang dihantar oleh setiap pensyarah kursus kepada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Kolej Komuniti
             Sabak  Bernam,  statistik  menunjukkan  dari  sesi  November  2014  hingga  sesi  November  2016,  purata
             pelajar yang ditahan dari menduduki peperiksaan adalah 3 orang bagi setiap semester. Malah, masalah
             kehadiran  para  pelajar  untuk  menghadiri  kuliah  sering  menjadi  isu  kepada  setiap  pensyarah  kerana
             akibat  daripada  kelewatan  para  pelajar  ini,  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  terganggu  dan  secara
             tidak langsung akan merencatkan suasana di dalam kuliah. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan,
             namun punca sebenar masih belum dikenalpasti.
             OBJEKTIF KAJIAN

             Justeru, kajian ini bertujuan untuk:
             1.  Mengenalpasti  faktor  sikap  pelajar  yang  mempengaruhi  ketidakhadiran  pelajar  Kolej  Komuniti
                Sabak Bernam.
             2.  Mengenalpasti  faktor  persekitaran  yang  mempengaruhi  ketidakhadiran  pelajar  Kolej  Komuniti
                Sabak Bernam.
             3.  Mengenalpasti  faktor  pensyarah  mengajar  yang  mempengaruhi  ketidakhadiran  pelajar  Kolej
                Komuniti Sabak Bernam.
             4.  Mengenalpasti  faktor  rakan  sebaya  yang  mempengaruhi  ketidakhadiran  pelajar  Kolej  Komuniti
                Sabak Bernam.
             5.  Mengenalpasti tahap kesedaran para pelajar terhadap kesan ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti
                Sabak Bernam.
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307