Page 303 - rise 2017
P. 303
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah faktor sikap pelajar yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti Sabak
Bernam?
2. Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti Sabak
Bernam?
3. Apakah faktor pensyarah mengajar yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti
Sabak Bernam?
4. Apakah faktor rakan sebaya yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti Sabak
Bernam?
5. Sejauh manakah tahap kesedaran para pelajar terhadap kesan ketidakhadiran pelajar Kolej Komuniti
Sabak Bernam.
METODOLOGI KAJIAN
INSTRUMEN
i. Kaedah Pengumpulan Data:
Borang Soal Selidik-Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A: Maklumat Responden
Bahagian B: Faktor-faktor Ketidakhadiran Pelajar ke Kuliah
Bahagian C: Tahap Kesedaran Para Pelajar terhadap Kesan Ketidakhadiran ke Kuliah
ii. Penganalisaan Data
Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
versi 23.0
SKOP KAJIAN
Kajian ini dilakukan kepada para pelajar sesi November 2016 Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor
yang melibatkan 4 program iaitu Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan, Sijil Fesyen & Pakaian dan Diploma Teknologi Senibina. Populasi kajian adalah sebanyak
361 orang. Namun sampel kajian hanya 270 orang kerana 85 orang sedang menjalani latihan industri dan
selebihnya terdapat pelajar yang tidak hadir ke kuliah dan terlibat aktiviti di luar kolej sewaktu borang
soal selidik diedarkan.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan ini dapat membantu para pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk
merancang aktiviti yang sesuai bagi menangani masalah kehadiran di kalangan para pelajar
ANALISIS, DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
BAHAGIAN A: Maklumat Responden
Berdasarkan analisis kajian ini, responden terdiri daripada 270 orang pelajar yang terdiri dari 4 program
iaitu Sijil Pemasangan Elektrik (SPE), Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK), Sijil
Fesyen & Pakaian (SFP) dan Diploma Teknologi Senibina (DTS). Hasil kajian dijalankan mendapati
nilai alpha yang diperolehi ialah 0.815. Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut jantina.Seramai 137 orang (50.7%) terdiri pelajar perempuan manakala selebihnya iaitu 133
orang (49.3%) adalah pelajar lelaki. Merujuk kepada Carta Pai Peratus Pelajar mengikut Program, 32.2 %
responden terdiri dari pelajar program SPE, 28.9% responden terdiri dari pelajar program SFP, manakala
28.5% adalah pelajar dari program SPK dan 10.4% adalah merupakan pelajar dari kursus DAT.
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Lelaki 133 49.3 49.3 49.3
Perempuan 137 50.7 50.7 100.0
Total 270 100.0 100.0
Jadual 1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina