Page 308 - rise 2017
P. 308
akademik di seluruh sistem pendidikan yang bernaung dibawahnya yang terdiri daripada pra sekolah,
sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk Politeknik Malaysia. Hal
ini adalah seiring dengan pandangan sarjana yang mengaitkan bahawa nilai dan akhlak yang baik mampu
menjadikan seorang pelajar itu bertindak secara rasional dalam menangani masalah yang dihadapi (Abdul
Salam, 2010; Hassan al-Banna, 2003).
Umum mengetahui bahawa Politeknik Malaysia adalah sebuah institusi dan stakeholder yang
bertanggunjawab menjalankan program pengajian yang berteraskan teknikal dan vokasional. Politeknik
Malaysia dilihat memikul tanggungjawab untuk mendidik pelajar dari segi ilmu bidang dan ilmu nilai.
Keperluan ilmu bidang dan ilmu nilai ini amat penting di dalam proses membentuk pelajar yang
mempunyai jiwa untuk bersaing secara sihat dalam membangunkan negara. Persoalannya di sini, adakah
ilmu nilai yang merujuk kepada hubungan pelajar dan alam sekeliling diperlukan oleh pelajar
kejuruteraan Politeknik Malaysia mencukupi?
Maka, bertitik tolak kepada persoalan ini amat wajar sekiranya kajian ini dijalankan bagi melihat
tahap elemen nilai di antara pelajar dan alam sekeliling kepada pelajar kejuruteraan Politeknik Malaysia
perlu ditambah baik atau dikekalkan penerapan elemen nilai terhadap pelajar?
Objektif Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji melihat persepsi pelajar bagi mengukut tahap elemen nilai pelajar dan alam
sekeliling mereka dijalankan. Maka ia berorientasikan kepada objektif berikut:
1) Mengenalpasti tahap elemen nilai bagi hubungan pelajar dengan alam.
Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini adalah menggunakan pendekatan soal selidik yang dibina dan disahkan oleh pakar
yang berkaitan dengan bidang kajian yang terdiri daripada pakar dalam bidang nilai dan pakar dalam
bidang kejuruteraan. Soalan-soalan ini disediakan dalam format yang mudah difahami oleh pelajar dan di
dalam Bahasa Melayu.
Soal Selidik Kajian
Soalan mengenai tahap hubungan pelajar dengan alam sekeliling yang telah diadaptasi daripada Zaharah
(2008) dan MAMPU (2013). Kesemua item soalan dijawab mengikut skala Likert 5 mata (dari 1= sangat
tidak bersetuju, hingga 5 = sangat bersetuju).
Jadual 1 menunjukkan soalan-soalan dan item yang ditanya kepada para pelajar kejuruteraan
mekanikal di Politeknik Malaysia bagi elemen nilai.
Jadual 1: Elemen Hubungan dengan alam sekeliling
Hubungan Dengan Alam Sekeliling
1 Amanah terhadap tugasan yang melibatkan alam sekeling.
2 Berkata benar tentang perkara yang boleh merosakkan alam sekeliling.
3 Bijaksana di dalam menguruskan sebarang pembangunan terhadap alam sekeliling.
4 Telus dalam perkara yang melibatkan alam sekeliling.
5 Adil dalam membuat keputusan yang melibatkan alam sekeliling.
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri dari 100 orang pelajar kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Malaysia. Jenis
persampelan yang dijalankan adalah jenis bertujuan. Penyertaan mereka dalam kajian ini adalah secara
sukarela. Justifikasi bilangan responden ini adalah berdasarkan pandangan Cooper (1982) yang
menghujahkan bahawa bagi jumlah responden boleh dikurangkan sekiranya ia adalah seragam
berdasarkan syarat kemasukan pelajar ke institusi itu sendiri.
Dapatan Kajian
Bagi menginterpretasi data kajian yang menggunakan skor min bagi setip elemen nilai, pengkaji
menggunakan Jadual 2 yang menjadi indikor bagi setiap nilai skor min purata.