Page 306 - rise 2017
P. 306

Rakan sebaya                                  270        1.58


             BAHAGIAN C: Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Kesan Ketidakhadiran Pelajar Ke Kuliah.
             Jadual 7 menunjukkan taburan tahap kesedaran pelajar terhadap kesan ketidakhadiran pelajar ke kuliah.
             Mengikut jadual tersebut, min tertinggi adalah bagi item “Saya sedar ketidakhadiran saya ke kuliah akan
             mempengaruhi  prestasi  akademik  saya”  iaitu  3.21.  Manakala,  min  kedua  tertinggi  adalah  bagi  item
             “Sikap suka ponteng dan tidak menepati masa ini bakal menimbulkan masalah yang serius semasa di
             alam pekerjaan pada masa hadapan” iaitu 3.14. Min ketiga tertinggi pula ialah item “Sikap suka ponteng
             dan tidak menepati masa ini bakal menimbulkan masalah yang serius semasa di alam pekerjaan pada
             masa  hadapan”  iaitu  3.13.  Min  keseluruhan  bagi  faktor  ini  adalah  2.97  yang  menunjukkan  tahap
             kesedaran pelajar terhadap kesan ketidakhadiran pelajar ke kuliah adalah tinggi.

             Jadual 7: Statistik Deskriptif bagi Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Kesan Ketidakhadiran Pelajar ke
             Kuliah.
             Item                                           N       Maximum   Mean
             Saya akan mendapat Surat Amaran sekiranya kehadiran kurang   270   4   2.59
             10% dari jumlah jam pertemuan
             Sekiranya kehadiran saya tidak mencukupi 80% dari jumlah jam
             pertemuan, saya akan ditahan dari menduduki peperiksaan   270   4   2.77
             Saya  faham  saya  akan  ketinggalan  pelajaran  sekiranya  hadir   270   4   3.13
             lewat atau tidak hadir ke kelas
             Saya  sedar  ketidakhadiran  saya  ke  kuliah  akan  mempengaruhi   270   4   3.21
             prestasi akademik saya
             Sikap  suka  ponteng  dan  tidak  menepati  masa  ini  bakal
             menimbulkan  masalah  yang  serius  semasa  di  alam  pekerjaan  270   4   3.14
             pada masa hadapan.

             KESIMPULAN
             Masalah  ponteng  dan  ketidakhadiran  merupakan  masalah  serius  yang  wujud  di  kebanyakan  institute
             pengajian  tinggi,  sekolah  menengah  mahupun  institut  kemahiran  di  negara  ini.  Kegiatan  ponteng  ini
             mempengaruhi pencapaian  akademik  para  pelajar  yang  terlibat  dengan  masalah  ponteng.  Sekiranya ia
             tidak ditangani secara tuntas, ia boleh menjejaskan sumber manusia yang akhirnya membantutkan usaha
             pembangunan  negara.  Oleh  itu  semua  pihak  seharusnya  memandang  serius  akan  gejala  ini  dan
             berkerjasama untuk membasminya.


             RUJUKAN
               [1]  Abdul Aziz ( 2007 ), Masalah Ponteng Pelajar Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Dalam Daerah
                     Muar: Satu Kajian Kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

                    [2] Mohd Hafizi (2008), Gejala Pelajar Datang Lewat Ke Sekolah Pelajar Tingkatan 4 Di
                          Sebuah Sekolah Dalam Daerah Bera: Satu Kajian Kes, Universiti Teknologi Malaysia,
                          Skudai.

                    [3] Rasidah Omar, Mohd Fadzil Che Din ( 2005), Penghantar Bimbingan dun Kaunseling, Kuala
                         Lumpur. Mc Graw HilI

                    [4] KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur : Percetakan
                         Watan Sdn. Bhd.
   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311