Page 307 - rise 2017
P. 307

Persepsi  Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Hubungan Nilai Dengan Alam
                                              Sekeliling

                          Siti Zaleha Che Harun, Norliza Idris & Mohd Ridhuan Mohd Jamil

                                      Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

                                               Abstrak
             Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan elemen nilai yang memfokuskan kepada keperluan
             hubungan pelajar terhadap alam sekeliling Politeknik Nilai. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu
             kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 100 orang pelajar
             kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal daripada Politeknik Nilai menyertai kajian ini. Pelajar ini
             dipilih secara rawak daripada semester satu sehingga semeter enam. Nilai skor min setiap elemen nilai ini
             dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Sciences 19.0 (SPSS 19.0). Hasil
             dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen nilai yang melibatkan keperluan hubungan pelajar
             terhadap  pensyarah  berada  pada  tahap  yang  diperlukan  berdasarkan  penafsiran  min  yang  diadaptasi
             daripada Wiersma (2000). Elemen nilai ini adalah merujuk kepada elemen (1) Amanah terhadap tugasan
             yang  melibatkan  alam  sekeling;  (2)  Berkata  benar  tentang  perkara  yang  boleh  merosakkan  alam
             sekeliling; (3) Bijaksana di dalam menguruskan sebarang pembangunan terhadap alam sekeliling;  (4)
             Telus  dalam  perkara  yang  melibatkan  alam  sekeliling;  dan  (5)  Adil  dalam  membuat  keputusan  yang
             melibatkan  alam  sekeliling.  Jelas  membuktikan  bahawa  proses  penerapan  nilai  pelajar  dengan  alam
             sekeliling  adalah  dalam  tahap  sederhana.  Hal  ini  memerlukan  proses  penekanan  nilai  kepada  pelajar
             dilakukan  agar  dapat  melahirkan  pelajar  kejuruteraan  yang  seimbang  daripada  aspek  akademik  dan
             sahsiah.
             Kata kunci: Nilai, Penghayatan, Pelajar, Sikap, Akhlak & Alam Sekeliling

             Pengenalan
             Berbicara  tentang  soal  tingkah  laku  manusia  jelas  boleh  dikaitkan  dengan  elemen  nilai.  Dalam
             membangunan sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya adalah perlunya penekanan dan pengukuhan
             kepada  elemen  nilai  dalam  diri  setiap  insan.  Hal  ini  adalah  selari  dengan  hujah  yang  dilakukan  oleh
             Mohd  Ridhuan  (2007)  yang  mengutarakan  bahawa kriteria sebuah  negara  yang  ingin  mencapai  status
             negara membangun dan maju adalah dengan mempunyai sistem pendidikan yang mantap dan berkesan
             dan ia tidak hanya maju dari segi pembangunan material tetapi turut  membangunkan pembangunan nilai
             yang meliputi soal tingkah laku manusia.
                  Maka dpat ditegaskan bahawa nilai yang baik berupaya melahirkan insan yang baik, seterusnya
             mampu  mewujudkan  sebuah  negara  yang  harmonis  dan  sejahtera.  Abdul  Salam  (2010)  dalam  buku
             karangan  beliau  yang  bertajuk  Idea-idea  Pendidikan  berkesan  Al-Ghazali  &  Konfusius  berpandangan
             bahawa nilai moral dan akhlak perlu diberikan keutamaan dan digarapkan ke dalam semua disiplin ilmu
             agar  mampu  melahirkan  masyarakat  yang  ada  nilai  tambah  dalam  kehidupannya.  Ini  memperlihatkan
             bahawa sistem nilai haruslah diperteguhkan ke dalam sistem pendidikan di Malaysia.
                  Jika  difokuskan  kepada  sistem  pendidikan  Politeknik  Malaysia  juga  mempunyai  satu  objektif
             iaitu;
                        “Penjana Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan Dan Latihan Transformasional Bagi
                        Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Global Menjelang Tahun 2015”.
                                                                (Visi Politeknik Malaysia, 2014)

             Oleh demikian, jelas membuktikan bahawa modal insan ini secara adalah merujuk kepada aspek nilai,
             dan ia adalah sesuatu perkara yang amat dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di
             dalam menuju ke arah pembentukan negara yang maju dari aspek fizikal dan pembentukan akhlak.

             Pernyataan Masalah
             Aspek kerohanian dilihat sentiasa diberi penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
             Apabila berbicara tentang aspek kerohanian ia secara langsung berpaksikan kepada pengukuhan elemen
             nilai  yang  perlu  ada  di  dalam  diri  setiap  pelajar.  Jelas  di  sini  menunjukkan  pihak  kementerian  amat
             menitik  beratkan  pembangunan  akhlak  disamping  melahirkan  pelajar  yang  cemerlang  dari  sudut
   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312