Page 309 - rise 2017
P. 309
Jadual 2:Penafsiran Skor Min
Julat Skor Min Aras Persetujuan Penafsiran Min
1.00 – 2.40 Tidak Bersetuju Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana Setuju Sederhana
3.81 – 5.00 Setuju Tinggi
Diadaptasi daripada Mohd Ridhuan (2007)
Jadual 3 menunjukkan min tahap elemen nilai bagi hubungan pelajar dengan alam yang ada pada diri
pelajar kejuruteraan mekanikal di Politeknik Malaysia.
Jadual 3:Tahap Elemen Nilai Bagi Hubungan Pelajar Dengan Alam
Skor
No. Hubungan Dengan Alam Skor Min Purata Penafsiran
Min Tahap
1 Amanah terhadap tugasan yang melibatkan alam sekeling. 4.04
2 Berkata benar tentang perkara yang boleh merosakkan 3.70
alam sekeliling.
3 Bijaksana di dalam menguruskan sebarang pembangunan 3.55 3.75 Sederhana
terhadap alam sekeliling.
4 Telus dalam perkara yang melibatkan alam sekeliling. 3.74
5 Adil dalam membuat keputusan yang melibatkan alam 3.70
sekeliling.
Perbincangan
Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan satu keputusan yang agak menarik dan suatu yang boleh
dipandang serius. Hal ini adalah disebabkan aspek elemen nilai bagi hubungan pelajar dengan alam
sekeliling berada pada tahap sederhana dengan nilai purata skor sebanyak 3.75. Aspek nilai ini dipilih
berdasarkan kepada keperluan pelajar kejuruteraan itu sendiri yang menuntut mereka berkomunikasi
bukan sahaja dengan manusia tetapi turut berhubungan dengan makhluk disekelilingnya seperti
bangunan, mesin dan sebagainya. Jika disorot kepada kajian lampau mendapati bahawa tahap kesedaran
alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia masih ditahap rendah (United Nations Economic and
Social Commission for Asia and the Pacific, 2003). Laporan kajian ini adalah seiring dan dibuktikan
dengan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa elemen nilai bagi aspek hubungan pelajar dengan
alam sekeliling berada hanya pada tahap sederhana. Pendek kata, adalah menjadi suatu keperluan untuk
memantapkan dan menekankan proses penerapan nilai bersandarkan aspek hubungan dengan alam
sekeliling ke dalam diri pelajar kejuruteraan mekanikal di Politeknik Malaysia.
Kesimpulan
Dapatan kajian ini masih bersifat awalan kerana terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan
kesimpulan yang efektif tentang keperluan elemen nilai dalam diri pelajar kejuruteraan mekanikal di
Politeknik Malaysia. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini boleh menjadi data asas terhadap keperluan
elemen nilai dikaji dan digarapkan ke dalam program kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Maka, di sini
pengkaji mencadangkan agar suatu kajian lanjutan dijalankan terhadap keperluan elemen nilai kepada
pelajar kejuruteraan mekanikal di Politeknik Malaysia dengan mengambil kira sepenuhnya pandangan
dan kesepakatan pakar dalam bidang nilai dan kejuruteraan.
Rujukan
Abdul Salam Yusof. 2010. Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali & Konfusius. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cooper, H. (1982). Scientific guidelines for conducting integrative research reviews. Review of
Educational Research, 52, 291-302.
Visi Politeknik Malaysia. 2014. Jabatan Pengajian Politeknik. Kementerian Pendidikan