Page 305 - rise 2017
P. 305

Jadual 3: Statistik Deskriptif bagi Faktor Persekitaran
             Item                                            N       Maximum  Mean
             Saya tidak suka suasana di dalam kelas saya     270     4        1.75
             Peraturan di kolej saya terlalu ketat.          270     4        2.05
             Bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas merimaskan saya   270   4   1.95

                  Jadual 4 menunjukkan taburan faktor pensyarah mengajar yang mempengaruhi ketidakhadiran
             pelajar  ke  kuliah.  Mengikut  jadual  tersebut,  min  tertinggi  adalah  bagi  item  “Semua  pensyarah  yang
             mengajar saya memberikan tugasan yang banyak” iaitu 2.37. Manakala, min kedua tertinggi adalah bagi
             item “Pembelajaran dan pengajaran pensyarah kurang berkesan seperti yang saya harapkan” iaitu 1.89.
             Min ketiga tertinggi pula ialah item “Sesetengah pensyarah yang mengajar saya sering lewat masuk ke
             dalam kelas” iaitu 1.82. Min keseluruhan bagi faktor ini  adalah 2.03 yang menunjukkan tahap faktor
             pensyarah mengajar adalah tinggi.

             Jadual 4: Statistik Deskriptif bagi Faktor Pensyarah Mengajar
             Item                                            N       Maximum  Mean
             Semua pensyarah yang mengajar saya memberikan tugasan yang   270   4   2.37
             banyak.
             Pembelajaran dan pengajaran pensyarah kurang berkesan seperti   270   4   1.89
             yang saya harapkan.
             Sesetengah pensyarah yang mengajar saya sering lewat masuk ke   270   4   1.82
             dalam kelas.

                  Jadual 5 menunjukkan taburan faktor rakan sebaya yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar
             ke kuliah. Mengikut jadual tersebut, min tertinggi adalah bagi item “Kawan-kawan selalu mentertawakan
             saya apabila saya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya pensyarah” iaitu 1.90. Manakala, min kedua
             tertinggi adalah bagi item “Saya tidak akan diterima oleh rakan yang ponteng jika saya tidak ponteng
             bersama rakan” iaitu 1.49. Min ketiga tertinggi pula ialah item “ Saya selalu diajak oleh rakan saya untuk
             bersama-sama  tidak  pergi  ke  kuliah”  iaitu  1.46.  Min  keseluruhan  bagi  faktor  ini    adalah  1.58  yang
             menunjukkan tahap faktor rakan sebaya adalah rendah.

             Jadual 5: Statistik Deskriptif bagi Faktor Rakan Sebaya
              Item                                          N       Maximum   Mean
             Saya tidak suka ke kuliah kerana dapat bersama kawan di pusat   270   4   1.46
             hiburan.
             Saya  selalu  diajak  oleh  rakan  saya  untuk  bersama-sama  tidak
             pergi ke kuliah.                               270     4         1.46
             Saya  tidak  akan  diterima  oleh  rakan  yang  ponteng  jika  saya   270   4   1.49
             tidak ponteng bersama rakan
             Kawan-kawan  selalu  mentertawakan  saya  apabila  saya  tidak   270   4   1.90
             dapat menjawab soalan yang ditanya pensyarah.

                  Daripada hasil statistik deskriptif bagi setiap faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar
             ke kuliah menunjukkan nilai min keseluruhan yang tetinggi adalah faktor pensyarah mengajar iaitu 2.03.
             Manakala min keseluruhan kedua tertinggi adalah faktor sikap pelajar iaitu 1.98. Min keseluruhan ketiga
             adalah faktor persekitaran iaitu 1.92. Bagi nilai min keseluruhan yang terendah pula adalah faktor rajan
             sebaya  iaitu  1.58.  Ini  menunjukkan  Faktor  utama  yang  mempengaruhi  ketidakhadiran  pelajar  adalah
             faktor pensyarah mengajar.

             Jadual 6: Min Keseluruhan bagi Faktor Ketidakhadiran Pelajar ke Kuliah
              Faktor Ketidakhadiran Pelajar ke Kuliah      N          Total Mean
             Sikap pelajar                                 270        1.98
              Persekitaran                                 270        1.92
             Pensyarah mengajar                            270        2.03
   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310