Page 304 - rise 2017
P. 304
Rajah 1: Peratus Responden mengikut Program
BAHAGIAN B: Faktor-faktor Ketidakhadiran Pelajar ke Kuliah
Jadual 2 menunjukkan taburan faktor sikap pelajar yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar ke kuliah.
Mengikut jadual tersebut, min tertinggi adalah bagi item “Saya lebih suka kelas amali berbanding teori”
iaitu 2.89. Manakala, min kedua tertinggi adalah bagi item “Saya lebih suka melayari laman sosial
berbanding belajar” iaitu 2.12. Min ketiga tertinggi pula ialah item “Saya selalu tidur lewat menyebabkan
saya tidak sempat bangun untuk datang awal ke kuliah” iaitu 2.06. Min keseleluruhan bagi faktor ini
adalah 1.98 yang menunjukkan tahap faktor sikap adalah sederhana.
Jadual 2: Statistik Deskriptif bagi Faktor Sikap Pelajar
Item N Maximum Mean
Saya berasa bosan dengan mata pelajaran tertentu 270 4 1.91
Saya tidak berminat dalam pembelajaran kerana ia tidak penting 270 4 1.36
bagi saya
Saya selalu tidur lewat menyebabkan saya tidak sempat bangun 270 4 2.06
untuk datang awal ke kuliah
Saya lebih suka kelas amali berbanding kelas teori 270 4 2.89
Saya lebih suka melayari laman sosial berbanding belajar 270 4 2.12
Saya menyambung pelajaran di kolej komuniti kerana terpaksa 270 4 1.53
Jadual 3 menunjukkan taburan faktor persekitaran yang mempengaruhi ketidakhadiran pelajar ke
kuliah. Mengikut jadual tersebut, min tertinggi adalah bagi item “Peraturan di kolej saya terlalu ketat”
iaitu 2.05. Manakala, min kedua tertinggi adalah bagi item “Bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas
merimaskan saya” iaitu 1.95. Min ketiga tertinggi pula ialah item “Saya tidak suka suasana di dalam
kelas saya” iaitu 1.75. Min keseluruhan bagi faktor ini adalah 1.92 yang menunjukkan tahap faktor
persekitaran adalah rendah.