Page 298 - rise 2017
P. 298
Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi
cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang
wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang
betul.Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip,
termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia dan
merangkumi kerohanian, integriti dan tanggungjawab sivik.
Ini jelas menunjukkan bahawa aspek kerohanian juga telah diberi penekanan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila berbicara tentang aspek kerohanian ia secara langsung
berpaksikan kepada pengukuhan elemen nilai yang perlu ada di dalam diri setiap pelajar. Jelas di sini
menunjukkan pihak kementerian amat menitik beratkan pembangunan akhlak disamping melahirkan
pelajar yang cemerlang dari sudut akademik di seluruh sistem pendidikan yang bernaung dibawahnya
yang terdiri daripada pra sekolah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi
termasuk Politeknik Malaysia. Hal ini adalah seiring dengan pandangan sarjana yang mengaitkan bahawa
nilai dan akhlak yang baik mampu menjadikan seorang pelajar itu bertindak secara rasional dalam
menangani masalah yang dihadapi (Abdul Salam, 2010; Hassan al-Banna, 2003).
Diketahui umum bahawa Politeknik Malaysia adalah sebuah institusi dan stakeholder yang
bertanggunjawab menjalankan program pengajian yang berteraskan teknikal dan vokasional. Politeknik
Malaysia dilihat memikul tanggungjawab untuk mendidik pelajar dari segi ilmu bidang dan ilmu nilai.
Keperluan ilmu bidang dan ilmu nilai ini amat penting di dalam proses membentuk pelajar yang
mempunyai jiwa untuk bersaing secara sihat dalam membangunkan negara. Persoalannya di sini, adakah
ilmu nilai yang diperlukan oleh pelajar kejuruteraan Politeknik Malaysia mencukupi?
Maka, bertitik tolak kepada persoalan ini amat wajar sekiranya kajian ini dijalankan bagi melihat
tahap elemen nilai yang diterapkan kepada pelajar kejuruteraan Politeknik Malaysia bagi mengetahui
adakah perlu ditambah baik atau dikekalkan penerapan elemen nilai terhadap pelajar?
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap elemen nilai yang ada pada pelajar dsengan
rakan mereka di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Objektif Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji melihat tahap elemen nilai yang ada pada pelajar kejuruteraan berasaskan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Malaysia berdasarkan kepada objektif berikut:
1. Mengenalpasti tahap elemen nilai bagi hubungan pelajar dengan rakan.
Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini adalah menggunakan pendekatan soal selidik yang dibina dan disahkan oleh pakar
yang berkaitan dengan bidang kajian yang terdiri daripada pakar dalam bidang nilai dan pakar dalam
bidang kejuruteraan. Soalan-soalan ini disediakan dalam format yang mudah difahami oleh pelajar dan di
dalam Bahasa Melayu.
Soal Selidik Yang Digunakan
Hanya soal selidik melibatkan soalan mengenai tahap hubungan pelajar dengan rakan sebaya sahaja
diagunakan dan diadaptasi daripada Zaharah (2008) digunakan. Kesemua item soalan dijawab mengikut
skala Likert 5 mata (dari 1= sangat tidak bersetuju, hingga 5 = sangat bersetuju). Jadual 1 memaparkan
soalan-soalan dan item yang ditanya kepada para pelajar kejuruteraan Politeknik Malaysia bagi elemen
hubungan dengan rakan.
Jadual 1: Item-Item Di Dalam Soal Selidik
Hubungan Dengan Rakan
1 Mengutamakan semangat setiakawan.
2 Bekerjasama dalam perkara kebaikan.
3 Menjaga keaiban rakan
4 Menjaga percakapan sesama rakan.
5 Memanggil nama rakan dengan nama yang baik.