Page 297 - rise 2017
P. 297
Keperluan Elemen Hubungan Pelajar Dengan Rakan Sebaya Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Malaysia
Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Syahrulazmin Sarmin & Izham Effendy Ismail
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
mj.mohdridhuan@gmail.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan elemen hubungan pelajar dengan rakan sebaya di
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Nilai. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian
kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 65 orang pelajar
kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal daripada Politeknik Nilai menyertai kajian ini. Pelajar ini
dipilih secara rawak daripada semester satu sehingga semeter enam dan penyertaan mereka adalah secara
sukarela. Nilai skor min setiap elemen nilai ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for
The Social Sciences 19.0 (SPSS 19.0). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen nilai
yang melibatkan keperluan hubungan pelajar terhadap pensyarah berada pada tahap yang diperlukan
berdasarkan penafsiran min yang diadaptasi daripada Wiersma (2000). Elemen yang diuji adalah
melibatkan (1) Mengutamakan semangat setiakawan; (2) Bekerjasama dalam perkara kebaikan; (3)
Menjaga keaiban rakan; (4) Menjaga percakapan sesama rakan; (5) Memanggil nama rakan dengan nama
yang baik; dan (6) Mengutamakan semangat setiakawan. Dapatan menunjukkan bahawa proses
penerapan nilai yang melibatkan hubungan sesama rakan sebaya dalam pengajian kejuruteraan perlu
diperkasakan bagi menghasilkan pelajar yang kompeten dan mampu memberi kerjasama yang baik
dengan rakan disekeliling mereka.
Kata kunci: Penghayatan, Pelajar kejuruteraan, Nilai, Kerjasama & Rakan Sebaya
Pengenalan
Apabila kita berbicara tenntang kelakuan dan adab manusia menunjukkan elemen nilai adalah suatu
elemen yang sepatutnya ada. Hal ini adalah kerana merjuk kepada keperluan nilai yang meliputi
hubungan manusia dengan pencipta, mahkluk dan alam sekeliling (Zaharah, 2008). Hal ini menunjukkan
betapa rapatnya keperluan penghayatan elemen nilai dalam diri setiap insan. Abdul Salam pula (2010)
berpandangan bahawa nilai moral dan akhlak perlu diberikan keutamaan dan digarapkan ke dalam semua
disiplin ilmu agar mampu melahirkan masyarakat yang ada nilai tambah dalam kehidupannya. Ini
memperlihatkan bahawa sistem nilai haruslah diperteguhkan ke dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Mohd Ridhuan (2007) mengutarakan bahawa kriteria sebuah negara yang ingin mencapai status negara
membangun dan maju adalah dengan mempunyai sistem pendidikan yang mantap dan berkesan dan ia
tidak hanya maju dari segi pembangunan material tetapi turut membangunkan pembangunan nilai yang
meliputi soal tingkah laku manusia. Ini menjadi kekkuatan bahawa elemen nilai haruslah dimasukkan
secara serius dalam sistem pendidikan Malayasia.
Pernyataan Masalah
Jika diselusuri kepada sistem pendidikan Politeknik Malaysia memeprlihatkan bahawa elemen nilai
hendaklah diterapkan ke dalam diri pelajar secara serius. Ini adalah selari dengan visi Politeknik
Malaysia iaitu;
“Penjana Modal Insan Inovatif Melalui Pendidikan Dan Latihan Transformasional Bagi
Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Global Menjelang Tahun 2015”.
(Visi Politeknik Malaysia, 2014)
Modal insan ini secara jelasnya menunjukkan bahawa aspek nilai adalah sesuatu perkara yang
amat dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam menuju ke arah pembentukan
negara yang maju dari aspek fizikal dan pembentukan akhlak.
Hal ini adalah nertepatan dengan kehendak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang amat
menitik beratkan pembangunan sahsiah ke dalam diri pelajar. Hal yang demikian adalah selari dengan
Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menegaskan bahawa: