Page 288 - rise 2017
P. 288

Kajian Keberkesanan Promosi Kursus Pendek Melalui Media Sosial Terhadap Akaun Amanah di
                                        Kolej Komuniti Pasir Salak


                               Rafidah bin Abu Nasir & Nor Azimah binti Mustafar

                                      Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
                                       Politeknik Ungku Omar, perak

                                        a rafidahabunasir@gmail.com


                                               Abstrak
             Kajian  ini  mendapati  Kolej  Komuniti  Pasir  Salak  (KKPS)  telah  menjalankan  pelbagai  usaha  promosi
             samaada melalui laman web, poster, iklan, panggilan telefon, dialog dan media sosial. Ianya bertujuan
             untuk menilai keberkesanan promosi melalui media sosial terhadap akaun amanah (kursus pendek) di
             Kolej Komuniti Pasir Salak. Selain itu ia bertujuan menentukan jenis media sosial yang menjadi sumber
             maklumat  utama  peserta  menyertai  kursus  pendek.  Instrumen  kajian  yang  digunakan  adalah  borang
             soalselidik kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang kaji selidik google docs melalui laman sosial
             KKPS.  Seramai  42  responden  yang  terdiri  daripada  peserta  kursus  pendek  yang  pernah  menyertai   Comment [1]: Instrumen kajian yang
             pelbagai kursus di bawah akaun amanah terlibat dalam kajian ini. Kesemua responden bersetuju, media   digunakan….. dan diedarkan melalui…..
             sosial banyak memberi maklumat terkini mengenai kursus pendek di KKPS. Justeru itu, amatlah penting
             bagi hasil dapatan kajian ini nanti untuk dinilai oleh pihak pengurusan yang akan menjadi punca kuasa
             sesuatu tugasan yang bakal      dilaksanakan. Malahan turut penting juga kepada pelaksana di peringkat
             KKPS  mahupun  institusi  lain,  sebagai  model  rujukan  perlaksanaan  dan  kejayaan  akaun  amanah  di
             institusi masing-masing kelak.
             Katakunci : Media sosial, keberkesanan promosi kursus pendek, kepentingan media sosial

             Pengenalan
             Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara untuk menjadikan Malaysia
             sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah memberi
             penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia.  Menyedari
             pentingnya  usaha-usaha  pembangunan  sumber  manusia,  pelbagai  latihan  dan  kursus  pendek  dirangka
             oleh pelbagai institusi sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Tidak terkecuali juga oleh institusi
             yang bergelar Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu institusi yang menyediakan latihan
             dan kemahiran pada semua peringkat bagi membantu peserta kursus pendek melengkapkan diri dengan
             kemahiran  (skills)  dan  pengetahuan  (knowledge)  yang  bersesuaian.  Ini  kerana,  kursus  pendek  adalah
             salah satu usaha pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi perkara penting dalam sektor pekerjaan,
             baik dalam sektor kerajaan mahupun organsasi antarabangsa [1].
                  Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, “Kursus Jangka Pendek” ialah kursus
             sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi
             tiga  bulan  kalendar  termasuk  hari  kelepasan  mingguan,  kelepasan  am  dan  cuti  akademik  [2].  Namun
             kajian ini menekankan Kursus Pendek yang dijalankan pada hujung minggu atau waktu cuti yang mana
             fokus utamanya adalah menambah kemahiran diri. Jenis dan tempoh kursus pendek boleh ditentukan atau
             dimohon  oleh  para  peserta  kursus  sendiri  yang  difikirkan    bersesuaian  sejajar  dengan  kaedah  yang
             dimainkan  oleh  kerajaan  melalui  Transformasi  Negara  (TN)  50  yang  menggalakkan  perkongsian
             pendapat dan idea bersama[3].
                  Kursus-kursus pendek yang dijalankan ini akan mengaktifkan akaun amanah yang terdapat dalam
             sesebuah Kolej Komuniti. Begitu juga halnya dengan Kolej Komuniti Pasir Salak. Dari segi definisi yang
             diberikan  oleh  Jabatan  Akauntan  Negara,  akaun  amanah  adalah  akaun  yang  ditubuhkan  untuk
             memperakaunkan sumbangan terimaan dan perbelanjaan bagi sejumlah wang, atas sesuatu perkara yang
             ditetapkan  dan  dibenarkan[4].  Jadi,  dengan  perkembangan  kursus  pendek  yang  dijalankan  akan  dapat
             memastikan akaun amanah di setiap kolej sentiasa aktif.
                  Selaras  dengan  Teras  Keempat,  Pelan  Strategik  Pengajian  Tinggi  Negara  (PSPTN),  iaitu
             Memperkasakan  Institusi  Pengajian  Tinggi  dan  Teras  Keenam  iaitu  Membudayakan  Pembelajaran
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293