Page 276 - rise 2017
P. 276

KECENDERUNGAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR

                                                         2
                                           1
                           Lilis Seri Yana Sirun , Rusilah Othman , Julianti Samsuddin 1
                              Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor
                                      Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

                                            lilis@psa.edu.my

                                               Abstrak
             Bidang  keusahawanan  adalah  pemangkin  kepada  pembangunan  ekonomi  negara.  Ia  juga  mampu
             membawa  perubahan  dari  segi  pertumbuhan  ekonomi,  kemantapan  sumber  pekerjaan  serta  kualiti
             kehidupan  masyarakat,  terutama  bagi  pelajar  yang  baru  menamatkan  pengajian.  Walaubagaimanapun
             masih terdapat pelajar yang tidak mempunyai pekerjaan tetapi masih menolak untuk menceburkan diri
             mereka dalam bidang keusahawanan. Oleh itu,  kajian ini adalah bertujuan untuk (i) mengenalpasti ciri-
             ciri  keusahawanan  yang  mendorong  minat  pelajar  terhadap  bidang  keusahawanan,  (ii)  mengenalpasti
             faktor  yang  mendorong  pemilihan  kerjaya  keusahawanan  dan  (iii)  strategi  yang  boleh  memantapkan
             budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah
             tinjauan. Soal selidik dengan skala Likert 5 markat telah diedar kepada 512 responden dari dua buah
             politeknik  iaitu  Politeknik  Sultan  Salahuddin  Abdul  Aziz  Shah  dan  Politeknik  Nilai.    Data  yang
             diperolehi  dianalisis  dengan  menggunakan  perisian  Statistical  Package  for  Social  Science  untuk
             mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
             ciri-ciri  keusahawanan  yang  mendorong  mereka  terhadap  bidang  keusahawanan.  Manakala  faktor
             kejayaan seorang usahawan telah mendorong pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
             Bagi  menjayakan  hasrat  tersebut,  semua  pihak  yang  berkepentingan  harus  bertanggungjawab  dalam
             menyedari dan menyakini kerjaya keusahawanan sebagai satu kerjaya yang boleh dijadikan satu peluang
             pekerjaan selepas tamat pengajian.
             Kata kunci – keusahawanan, kerjaya, pelajar, ekonomi, politeknik

             Pendahuluan
             Kementerian Pengajian  Tinggi  (KPT)  menerusi Pusat  Keusahawan Politeknik Malaysia (MPEC) telah
             memperkenalkan Pelan Strategik dan Tindakan dalam usaha memperkasa bidang keusahawanan dalam
             kalangan pelajar politeknik di seluruh negara. Melalui pelan tersebut pihak Politeknik mahu memberikan
             pendedahan dan memupuk budaya usahawan dalam kalangan pelajar politeknik agar mereka menjadikan
             bidang berkenaan sebagai pilihan selepas tamat pengajian kelak.
             Isu pengganguran dalam kalangan graduan bukan perkara baru, antara sebab utama tidak memperolehi
             pekerjaan adalah kerana para graduan tidak menepati kehendak pasaran. Nanthakumar & Hamka (2008).
             Statistik Perangkaan Status Pekerjaan Graduan pada tahun 2013  menunjukkan jumlah siswazah yang
             menganggur  di  Malaysia  adalah  seramai  53,282  orang  disebabkan  tidak  memiliki  kemahiran  untuk
             mencari pekerjaan  (Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014).
             Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian
             Tinggi (IPT) digariskan bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan
             yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan pelajar IPT tempatan. Dasar  ini juga dengan harapan
             ramai lagi  usahawan  siswazah  yang  akan  bertindak  sebagai  pemangkin    transformasi  ekonomi  negara
             berpendapatan tinggi dan berinovasi menjelang 2020 (DPKIPT, 2010). Justeru itu, kecenderungan pelajar
             perlu  dikenalpasti  untuk  membantu  mereka  dalam  memilih  bidang  keusahawanan  sebagai  pilihan
             profesion.

             Pernyataan Masalah
             Statistik dari Jabatan Perangkaan pada tahun 2012 pula menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur
             di Malaysia adalah seramai 76,000 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan
             (Utusan  Malaysia  ,2012).    Oleh  itu,  perlu  wujudnya  aktiviti-aktiviti    keusahawanan    dalam  kalangan
             pelajar di IPTS atau IPTA bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi serta mampu berdaya
             saing  dengan  menggunakan  idea  dan  kreativiti  mereka  sendiri  sebagai  pilihan  mereka  jika  gagal
             mendapatkan pekerjaan.
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281