Page 274 - rise 2017
P. 274

memerlukan  perbincangan  untuk  perkongsian  idea.  Dapatan  kajian  juga  menunjukkan  pelajar  tidak
             memerlukan  pengawasan  orang  dewasa  semasa  belajar.  Gaya  pembelajaran  fizikal  dan  persekitaran
             berada di tempat keempat dan kelima. Bagi gaya pembelajaran fizikal, pelajar menyatakan mereka berasa
             lebih bertenaga untuk belajar pada waktu pagi. Dapatan juga menunjukkan pelajar tidak cenderung untuk
             mempelajari sesuatu pada waktu petang. Kajian oleh Pauk [20] menunjukkan bahawa hasil pembelajaran
             sebelah pagi akan mendatangkan hasil yang lebih baik jika dibandingkan dengan waktu sebelah petang
             dan  malam.  Manakala  bagi  gaya  pembelajaran  persekitaran,  pelajar  lebih  suka  memilih  tempat  yang
             bercahaya  terang  untuk  belajar.  Walau  bagaimanapun  mereka  tidak  gemar  untuk  belajar  pada  suhu
             sekeliling yang panas. Ini menunjukkan proses pembelajaran pada waktu petang adalah tidak sesuai bagi
             mereka.
                  Untuk  melihat  hubungan  di  antara  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian  akademik  pelajar,
             analisis  secara  korelasi  Pearson  digunakan.  Dapatan  kajian  menunjukkan  hanya  satu  sahaja  gaya
             pembelajaran yang mempunyai hubungan yang signifikan iaitu gaya pembelajaran sosiologikal. Namun
             begitu,  kekuatan  perkaitan  yang  ditunjukkan  adalah  songsang.  Dapatan  kajian  ini  menyamai  dengan
             kajian  yang  telah  dilakukan  oleh  Azizi  Yahaya  et  al.  [13],  mendapati  hanya  pola  pembelajaran
             sosiologikal dan psikologikal sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dan
             kedua-dua pola gaya pembelajaran tersebut hanya berada pada kategori yang sangat lemah dan songsang.
             Bagi gaya pembelajaran psikologikal, emosional, fizikal dan persekitaran menunjukkan tiada hubungan
             yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian, dapatan kajian menunjukkan
             gaya pembelajaran pelajar tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
                  Secara  kesimpulannya,  dapatan  kajian  menunjukkan  gaya  pembelajaran  yang  dominan  dalam
             kalangan pelajar DPB POLIMAS berdasarkan gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn adalah gaya
             pembelajaran  psikologikal.  Dengan  ini  pensyarah  boleh  merangka  aktiviti  dan  melakukan  kaedah
             pengajaran yang berteraskan kepada gaya pembelajaran ini supaya dapat meningkatkan minat mereka.
             Pensyarah  dan  ibubapa  perlu  memberikan  reaksi  yang  positif  kepada  mereka  supaya  mereka  sentiasa
             bermotivasi dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Walaupun gaya pembelajaran tidak memberi kesan
             kepada  pencapaian  akademik  pelajar,  namun  dapatan  kajian  boleh  dijadikan  sebagai  panduan  kepada
             pensyarah untuk memperbaiki mutu pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
             berkesan.

             Rujukan

             [1]   Mustaffa, R., Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun
                   Satu di UKM, GEMA On-line Journal, 2007.
             [2]   McKeachie, J. W., Learning Styles Can Become Learning Strategies, NTLF Featured Article, 4
                   (6), 1995.
             [3]   Bass, G. M. & Greary, W. T., Education Research Abstracts. Accounting Education, (1), 238-
                   242, 1996.
             [4]   Dunn,  R.  &  Stevenson,  J.M.,  Teaching  Diverse  College  Students  To  Study  A  Learning  Style
                   Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339, 1997.
             [5]   Klavas, A., Learning Style Program Boosts Achievement And Test Scores. Clearing House. Vol.
                   67(3): 149, 1994.
             [6]   Cassidy, S. & Eachus, P., Learning style, academic belief system, self report student proficiency
                   and academic achievement in higher education. Educational Psychology, 20, 307-322, 2000.
             [7]   Dunn, R. & Dunn, K., What Is Your Childs Learning Style?. The Newletter of  Parenting. 3 (1):
                   4-58, 1980.
             [8]   Felder,  R.  M.  &  Silverman,  L.K.,  Learning  and  Teaching  Styles  In  Engineering  Education.
                   Journal of Engineering Education. Jilid 78(7). 674-681, 1988.
             [9]   Ahmad  Johari  Sihes  &  Safiah  Ahmad,  Hubungan  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian
                   akademik  pelajar  Tahun  4  Sarjana  Muda  Teknologi  serta  Pendidikan  Kemahiran  Hidup  di
                   Fakulti  Pendidikan  Universiti  Teknologi  Malaysia,  Skudai.  Universiti  Teknologi  Malaysia,
                   2010.
             [10]   Renzulli, J. S., & Smith, L. H., The Learning Style Inventory: A measure of student preference
                   for instructional techniques. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press, 1978.
             [11]   Dunn,  R.  &  Griggs  Shirley  A.,  A  Meta-Analytic  Validation  of  the  Dunn  &  Dunn  Model  of
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279