Page 270 - rise 2017
P. 270

dijalankan  untuk  mengenal  pasti  hubungan  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian  akademik  dalam
             kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, POLIMAS.

             Objektif Kajian
             Berikut merupakan dua objektif utama kajian bagi mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan
             pencapaian akademik dalam kalangan pelajar DPB POLIMAS.
              i.   Mengenal  pasti  gaya  pembelajaran  yang  dominan  dalam  kalangan  pelajar  berdasarkan  gaya
                 pembelajaran Model Dunn & Dunn
             ii.   Menentukan hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar

             Persoalan Kajian
             Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan kajian yang hendak diketahui oleh pengkaji ialah:
             i.   Apakah gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar berdasarkan gaya pembelajaran
                 Model Dunn & Dunn?
             ii.   Apakah hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar?

             Kepentingan Kajian
             Hasil daripada kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada:
             i.   Pelajar
                 Pelajar  dapat  mengenal  pasti  gaya  pembelajaran  diri  sendiri  untuk  memperbaiki  kelemahan  diri
                 dan dapat mengembangkan potensi diri.
             ii.   Pensyarah
                 Pensyarah dapat memahami kehendak belajar pelajar dan menggunakan maklumat kajian ini dalam
                 merancang  bahan  mengajar  bagi  mewujudkan  suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  yang
                 bersesuaian dengan gaya dan amalan belajar pelajar.
             iii.   Politeknik
                 Membantu  pihak  politeknik  mengesan  masalah  akademik  pelajar  dan  memperbaiki  persekitaran
                 serta mutu pengajaran dan pembelajaran.

             Sorotan Kajian
             Gaya pembelajaran berbeza dari umur, aras pencapaian, budaya dan pemprosesan global atau analitik [4].
             Renzulli & Smith [10] menyatakan bahawa gaya pembelajaran sebagai satu bidang strategi pengajaran
             yang  mana  pelajar  cuba  menuntut  pembelajaran.  Mereka  berpendapat  bahawa  pelajar  dapat  belajar
             dengan  lebih  berkesan  sekiranya  pengajaran  guru  selari  dengan  gaya  pembelajaran  pelajar.  Gaya
             pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
                  Dalam  kajian  Dunn  &  Griggs  [11],  menunjukkan  bahawa  pelajar  yang  menggunakan  gaya
             pembelajaran  akan  mendapat  pencapaian  yang  lebih  baik  berbanding  dengan  pelajar  yang  tidak
             menggunakan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn [12] menyatakan bahawa
             gaya  pembelajaran  merupakan  kaedah  seseorang  menumpu,  memproses,  menyerap  dan  mengingat
             maklumat  atau  kemahiran  yang  baru  dan  sukar.  Model  ini  adalah  berdasarkan  empat  prinsip  iaitu
             menekankan kebanyakan individu mampu dan boleh belajar. Rajah 1 menjelaskan elemen yang terdapat
             dalam gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn [12].
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275