Page 22 - Nilai Shahid al-Quran
P. 22

masyarakat pada masa itu mula melakukan kesalahan demi kesalahan dalam bahasa

                       sehingga  kesalahan  tersebut  mempengaruhi  bacaan  al-Quran.  Oleh  sebab  itu,  bagi


                       membuktikan bahawa bahasa al-Quran itu adalah bertepatan dengan lidah Arab yang

                       fasih,  mereka  bawakan  syair  dan  prosa  Arab  yang  dibuat  sebelum  kedatangan  al-


                       Quran lagi. Setelah ilmu tatabahasa sudah berdiri sendiri dan menjadi bidang disiplin

                       ilmu  yang  tersusun,  maka  al-Quran  dalam  bentuk  SQ  telah  mengambil  tempat  dan


                       mula  dijadikan  sumber  utama  untuk  mengajar  tatabahasa  kepada  masyarakat  atau

                       pelajar yang belum ada atau belum mahir ilmu tatabahasanya. Selain itu, penggunaan

                       syair Islamik juga mula terlibat.




                       Oleh  hal  yang  demikian,  boleh  dikatakan  bahawa  seolah-olah  dengan  adanya  SQ


                       sebagai sumber utama maka shahid syair dan prosa Arab lama mula dijadikan sebagai

                       rujukan  sampingan  sahaja.  Lambakan  SQ  dalam  karya  utama  tatabahasa  pula


                       menjemput minat kajian bagi meneliti pelbagai aspek terutama nilai yang tersirat di

                       sebalik pemilihan SQ yang tertentu.




                       1.2  Pernyataan Masalah


                       Umum mengakui bahawa salah satu faktor kelemahan umat Islam hari ini disebabkan

                       mereka jauh daripada  al-Quran dalam  banyak  aspek.  Realiti  yang  agak  pahit untuk

                       ditelan  ini  mengiyakan  kenyataan  Jansen  (1980)  bahawa  pemerintah  kolonial  yang


                       berjaya  menjajah  beberapa  negara  Arab,  percaya  betapa  pentingnya  menjauhkan

                       masyarakat Islam daripada pengaruh al-Quran. Dalam bidang bahasa Arab, perkara ini


                       seolah-olah  benar-benar  terjadi  apabila  pada  masa  kini  aktiviti  pengajian  dan

                       pendidikan bahasa itu agak sunyi daripada pengaruh al-Quran.






                                                                4
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27