Page 23 - Nilai Shahid al-Quran
P. 23
Mengajar tatabahasa Arab dalam kalangan masyarakat dan pelajar yang bukan penutur
jati bahasa Arab, khususnya masyarakat dan pelajar Melayu mengandungi cabaran
yang sudah tentu berbeza. Memilih shahid yang sesuai merupakan salah satu cabaran
yang perlu ditangani dengan cermat bagi memaksimumkan keberkesanannya. Hal ini
demikian kerana masyarakat dan pelajar Melayu kurang mesra dengan shahid yang
dipetik daripada syair, prosa, kata pujangga dan pepatah Arab. Sementelah sumber
tersebut sukar ditemui atau kurang berlegar dalam kehidupan mereka. Keperluan
kepada terjemahan dan penghayatan maksud daripada petikan syair, prosa, kata
pujangga dan pepatah Arab pula menjadikan isi pengajaran tatabahasa bertambah
sukar untuk difahami. Hal ini menjadikan shahid dalam bentuk yang berkenaan
kurang popular malah kurang berpengaruh terhadap minat dan motivasi pelajar untuk
menguasai tatabahasa seterusnya mencintai bahasa Arab.
Adapun shahid Hadis, walaupun ia agak mesra kepada masyarakat dan pelajar Melayu
kerana ia adalah sebahagian daripada sumber ajaran agama Islam, namun keterbatasan
shahid Hadis dalam menangani kebanyakan isu tatabahasa terutama yang lebih
kompleks dan rumit akan membatasi kemampuan sumber itu. Perkara ini diperhati
daripada kehadiran shahid Hadis yang amat terhad dalam kitab rujukan utama
tatabahasa berbanding shahid syair, shahid prosa ataupun SQ.
Daripada perbincangan di atas, mungkin ciri-ciri SQ yang memenuhi beberapa aspek
yang diperlukan dalam PdPc bahasa Arab sangat menarik untuk dikaji. Antaranya al-
Quran sudah sebati dan mesra kepada masyarakat dan pelajar Islam khususnya kerana
ia mudah dicapai di mana-mana. Al-Quran sentiasa berlegar dalam kehidupan
seharian mereka; di surau, masjid, rumah, dalam bilik hatta sehingga dalam bentuk
5