Page 26 - Nilai Shahid al-Quran
P. 26
213 SQ atau 79% daripada jumlah shahid dalam karyanya, Tashil Nayl al-Amani fi
c
Sharh Awamil li al-Jurjani (Adnan Suemae, 2005).
Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas, iaitu al-Quran itu mesra, berpengaruh,
mudah dan mencakupi hampir keseluruhan perbahasan ilmu tatabahasa menjadikan
kajian berkaitan penggunaan al-Quran sebagai shahid tatabahasa lebih signifikan
untuk dijalankan berbanding shahid tatabahasa jenis lain.
Sekiranya diteliti pula kronologi kajian SQ, ia sebenarnya bermula daripada cetusan
teori Nahu al-Quran yang dipelopori oleh al-Ansari (1984). Bertitik tolak daripada
teori berkenaan, kajian SQ dalam tatabahasa kian hangat mendapat sambutan
khususnya dalam kalangan pengkaji Arab sendiri. Bahkan ramai dalam kalangan
pengkaji menegaskan bahawa Al-Quran adalah sumber utama yang digunakan sebagai
c
dalil atau shahid dalam disiplin ilmu tatabahasa Arab (Al-Sa di, 2014; Ismail, 1985;
Siti Saudah, 1991). Setakat ini dikesan terdapat tiga buah tesis doktor falsafah, lapan
buah tesis sarjana dan sejumlah besar artikel jurnal dihasilkan berkaitan dengan kajian
SQ. Kajian dalam bidang ini berkembang hampir menjangkau 30 tahun bermula tahun
1985 dan ia berterusan sehingga kini.
Perhatian para pengkaji tidak terhenti pada penulisan akademik malah menjangkau
perbincangan yang lebih luas, iaitu membentangkan kajian mereka dalam seminar-
seminar yang berkaitan. Sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan secara khusus
bertemakan SQ dalam Seminar Penyelidikan al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali
Ke-4 (MUQADDAS 4) anjuran Pusat Penyelidikan Al-Quran (CQR), Universiti
Malaya Kuala Lumpur. Daripada jumlah kertas kerja tersebut, empat dalam bidang
8