Page 291 - e-Dinamik
P. 291

[Catatan Peribadi] Bukan Senang Nak Senang...

                             Oleh: Rosnani Mohd Salleh & Siti Mariam Atan



         Saya rasa setiap orang pasti merasai pahit maung sebuah kehidupan sebelum mereka menikmati hidup
         yang senang. Jika anda dilahirkan dalam keluarga yang senang dan penuh dengan kekayaan, anda
         patut bersyukur dengan nikmat yang telah Dia kurniakan.
                     Saya melalui pelbagai pengalaman untuk berada di tahap yang sekarang. Bukan

         semuanya manis dan bukan juga terlalu pahit untuk ditelan. Ada sesuatu perkara yang berlaku,
         walaupun pada akhirnya membuahkan rasa yang sangat manis tapi untuk mencapai tahap tersebut,
         pelbagai rintangan dan halangan yang perlu diselesaikan.

                     Namun begitu, sepanjang kelansungan hidup ini, momen-momen yang indah akan terus
         dikenang, manakala pengalaman yang pahit dan masam pastinya kita akan tetap jadikan sebagai
         pedoman dan panduan dalam meneruskan bahtera kehidupan.
                    Ya! Saya rasa anda sangat beruntung kalau tidak pernah merasa hidup susah. Anda
         sangat beruntung kalau anda tidak pernah melalui kesusahan atau kesulitan dan semua hajat anda

         ditunaikan dengan senang dan mudah. Tapi pada pandangan saya, adalah lagi beruntung kalau anda
         hidup dipenuhi dengan dugaan dan rintangan, kerana itulah yang akan membuatkan anda tenang dan
         tabah untuk terus bertahan. Kesusahan dan kesukaran hidup menjadi hati anda sekuat besi yang

         dibakar dan sekukuh gunung yang tersergam indah.
                    Senang atau susah hidup yang anda lalui, hadapilah dengan mensyukuri apa jua nikmat
         yang Dia beri. Jatuh dan bangun anda dalam meneruskan sebuah kehidupan mungkin tak mampu
         difahami oleh mereka yang lain. Jatuh dan bangun itu bukanlah untuk mereka, sudah semestinya
         mereka tidak akan rasa apa yang anda rasa. Rasa rasa itu hanya anda yang tahu sebenarnya. Tapi tak

         mengapa, takdir manusia itu tidak sama. Saiz baju dan kasut kita pun berbeza apatah lagi perjalanan
         hidup yang telah ditetapkan oleh Dia yang Maha Kuasa.
                    Jika anda jatuh dan sedang berduka, janganlah putus harap untuk bangkit semula. Ingat

         selalu, bila kita jatuh ke bawah, sebenarnya Dia nak bagi kita seribu cara untuk mendaki semula ke
         atas.
                                                     *****
                                            Ajarkanlah pada hatimu...
                                          'Tak apa, teruskan mencuba.’

                              Sepuluh kali, seratus kali, seribu kali hatta sejuta kali pun,
                                          jangan mudah berputus asa.
               "Keep breaking, keep being fixed. Break again, being fixed again. It’s okay. It will be okay!"



   281
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296