Page 295 - e-Dinamik
P. 295

Kembara Ke Candi Borobudur, Jogjakarta Indonesia.

                             Oleh Rosnani Mohd Salleh & Siti Mariam Atan



       Dalam banyak kembara, pengalaman di Jogjakarta paling membuatkan diri teruja. Selain itu, pelbagai
       momen dan rasa yang ada sepanjang 4 hari 3 malam di luar negara memang merupakan satu pengalaman
       yang tiada galang gantinya.

                      Bermula dengan kena tinggal bas (hahaha) gara-gara tertinggal mata wang rupiah,
       Alhamdulillah setiap urusan dipermudah bila bas yang yang dikejar belum jauh terlepas. (Lepas ni kena
       check banyak kali). Dek kerana kami hanya kembara berdua, kami saling menjaga dan bertolak ansur
       seadanya. Walaupun minat dan pilihan kami tidak sama, tapi selalunya kami boleh cari jalan penyelesaian
       agar tiada hati yang terasa. Alhamdulillah, terima kasih kepada teman kembara yang baik budinya.

                      Bagi yang mahukan kelainan, Jogjakarta memang tempat yang boleh dijadikan pilihan.
       Kalau Bandung syurga impian kerana banyaknya kain sulam, di Jogjakarta kau kan temui hebatnya Dia
       dengan melihat tempat yang dicipta untuk kau fikirkan dan ambil iktibar dalam meneruskan sebuah

       kehidupan.
                      Di Jogjakarta ini lengkap semuanya. Boleh kata semua benda ada. Daripada Keraton
       (Istana), candi, wisata, kebun binatang, gunung berapi, laut, pantai dan tempat shopping sedia menanti
       untuk dikunjungi oleh peminat setianya
       Masih belum berkesempatan menerokai semua tempat yang ada di sini, insya Allah ada rezeki, saya mahu

       ulangi trip ke Jogjakarta lagi.
       *****
                      Alhamdulillah, untuk rezeki kembara ini. Moga apa yang kami pelajari dan perhati

       sepanjang kembara ini menjadikan kami hamba yang sedar diri dan lebih bersyukur dengan nikmat yang
       Dia beri. Mudah-mudahan reda Allah sentiasa memayungi bukan sahaja kami, tapi semua sahabat yang
       kekal di hati.
       [CANDI BOROBODUR]

       Seseorang telah bertanya, " 'happy' itu datangnya daripada mana?

       Sedang saya memikirkan jawapan kepada persoalannya, lalu dia segera menjawab,
       "Sebenarnya...'happy' itu datang daripada Allah. Syukurlah kerana Allah masih memberikan kita rasa

       bahagia dan gembira."
       Ah! Terkena saya. Tapi jawapan dia memang tepat dan penuh makna. Alhamdulillah untuk segala kurnia.

       *****


   285
   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300