Page 296 - e-Dinamik
P. 296
Jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pelajaran yang dititipkan. Semakin
jauh kita membawa diri, semakin banyak peradaban dunia yang kita boleh terokai. Memijak lantai
yang disusun dengan bentuk yang pelbagai saiz dan dinding Candi Borobudur yang bertingkat dan
dilukis dengan penuh emosi yang menggambarkan berbagai makna dan rasa.
Jelas menunjukkan kemahiran dan kehebatan arkitek zaman dahulu kala. Memang
hebat dan sangat berbakat!Tak terjangkau dek akal, candi tertua ini sebenarnya telah dibina
bertahun-tahun lamanya. Lukisan dan garapannya merupakan campuran kepercayaan antara
agama Hindu dan Buddha. Katanya, pembinaan candi ini memakan masa lebih 100 tahun untuk
disiapkan sepenuhnya.
Pada dinding-dinding yang megah berdiri, telah dilukis pelbagai karakter yang
membawa ceritera dan penerangan yang berbeza. Banyak informasi yang menarik berdasarkan
maklumat yang telah dikongsi kepada kami. Setiap satu tingkat menerangkan cerita yang berbeza
berkait dengn raja dan rakyatnya, kisah kehidupan manusia yang bernafsu sehinggalah kepada
tingkat "nirvana" yang merupakan tingkat tertinggi dalam hidup seseorang manusia itu.
Bagi pencinta dan peminat sejarah purba, inilah antara tempat yang mesti anda
lawati. Datang dan lihatlah sendiri. Anda pasti jatuh hati dengan monumen asli yang masih kekal
hingga kini.
286