Page 292 - e-Dinamik
P. 292

Mengenali Pekan Jementah
                                              Oleh: Alizah Ali



        Pekan Jementah adalah pekan ketiga terbesar di daerah Segamat selepas Bandar segamat dan Pekan
        Labis. Pekan Jementah menjadi sempadan antara Daerah Segamat dan Daerah Ledang dan lokasi pekan
        ini adalah lebih kurang 21km daripada Bandar Segamat.
                       Merujuk kepada asal usul perkataan ‘Jementah’, perkataan ini diperolehi daripada dua
        versi. Versi pertama dikatakan berlaku apabila penduduk kampung merungut “Jemu, jemu, jemu.... Asyik-

        asyik menebang pokok saja” ketika pembukaan kawasan baru di Jementah. Kata-kata ini disahut oleh
        penduduk yang lain dengan sahutan “entah… entah..”. penduduk setempat percaya perkataan ‘jemu’ dan
        ‘entah’ digabungkan dan menjadi ‘Jementah’. Versi kedua pula ialah penduduk yang ketika itu jemu

        mencabut lintah yang menghisap darah sewaktu mereka membuka kawasan di Jementah. Gabungan
        perkataan ‘jemu’ dan ‘lintah’ menghasilkan ‘jementah’ yang menjadi nama kawasan penempatan Jementah
        (Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia, Utusan Publications 2009).
                       Terdapat beberapa perkara yang menarik tentang Pekan jementah. Lengkap ceritanya
        daripada tempat rekseasi, tempat perkelahan, tempat makan, tempat penginapan yang mana menjadikan

        Pekan Jementah ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk dikunjungi.
                       Air Terjun Jeram Tinggi terdapat di Kampung Paya Jakas, Ulu Jementah. Tiada bayaran
        dikenakan untuk masuk ke kawasan rekreasi ini. Air terjun yang terdapat di sini tidak kurang hebatnya

        berbanding air terjun di Asahan dan Sagil kerana ianya berasal daripada punca air yang sama, iaitu
        Gunung Ledang. Kawasan ini sesuai untuk dijadikan tempat berkelah, rekreasi dan bermandi manda.
                       Sekiranya hendak berbelanja, ada beberapa pasaraya atau kedai yang boleh dituju. Kedai
        Mr D.I.Y yang menjual kepelbagaian barangan isi rumah telah dibuka di Taman Jaya, bertentangan
        dengan Masjid Jementah. Kedai ECO yang menjual barangan berharga RM2.10 juga menjadi tempat

        tumpuan pengunjung. Kedai ini terletak di pekan utama Jementah. Selain daripada itu terdapat 2 buah
        kedai seven-eleven, sebuah kedai Speed99 Mart, sebuah pasaraya Mega dan lebih daripada sepuluh buah
        kedai runcit.



















                                                                                                     282
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297