Page 294 - e-Dinamik
P. 294
Makan Secara Sihat, Amalkan 5M!
Oleh Rosnani Mohd Salleh, Siti Mariam Atan & Norintan Wahab
Nikmat sihat adalah salah satu nikmat yang sangat didambakan oleh semua pihak. Setiap insan
mahukan hidup sihat sepanjang hayat tapi adakah mereka turut mengamalkan pemakanan
seharian secara sihat?
Pepatah melayu ada menyebut, “tepuk dada tanyalah selera”, jadi seharusnya kitalah
yang memilih dan membuat keputusan untuk cara pemakanan seharian. Berikut adalah 5M yang
kita boleh amalkan untuk makan secara sihat.
Pertama; Mengurangkan gula. Ya! Gula adalah musuh yang utama. Pengambilan
gula yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit and menganggu kualiti kehidupan seharian.
Selain itu, pengambilan gula yang berlebihan adalah menjadi penyebab kepada masalah obesiti.
Kedua ; Mengurangkan garam. Apa itu garam? Garam didefinisikan sebagai bahan
yang memberi rasa masin. Ia boleh didapati dalam halus atau kasar. Sama ada ia ditambah
dalam makanan atau tersembunyi dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin, serbuk dan
juga kiub perisa.
Ketiga; Mengurangkan minyak. Bagi mereka yang ingin kekal sihat, pengambilan
minyak mestilah dalam kuantiti yang sedikit. Penggunaan minyak yang berlebihan dalam
masakan meletakkan kesihatan kita dalam keadaan yang sangat berisiko.
Keempat; Melebihkan buah-buahan dalam pola pemakanan. Buah-buah adalah
sumber vitamin untuk badan. Terdapat pelbagai khasiat buah-buah jika kita jadikan sebahagian
daripada amalan makan secara sihat. Contoh memakan sebiji buah epal atau jusnya setiap hari
sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolestrol dalam badan.
Kelima; Melebihan sayur-sayuran. Sayur itu sendiri merupakan makanan kesihatan
yang mempunyai khasiat yang mampu mengubati dan mencegah pelbagai penyakit kerana
khasiatnya dari segi kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Menurut penyelidik sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi
komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan gaya hidup
yang lebih sihat.
Kesimpulannya, makan secara sihat hendaklah menjadi amalan dalam kehidupan
seharian. Benarlah orang kata, mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Marilah kita
sama-sama menghargai nikmat sihat. Mudahan dengan nikmat sihat menjadikan kita lebih rajin
dalam beribadat.
284