Page 298 - e-Dinamik
P. 298
Kembara Ke Namsan Seoul Tower, Korea Selatan.
Oleh Rosnani Mohd Salleh
Tidak lengkap datang ke Korea rasanya kalau tidak singgah ke Namsan Seoul Tower. Kalau di
Malaysia, Namsan Tower tersergam indah ala ala KLCC Tower pun ada juga rupa dan bentuknya.
Tapi ketinggiannya memang tidak sama.
Dibangunkan pada tahun 1960 dan mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada
tahun 1980. Namsan Seoul Tower ini sebenarnya adalah sebuah pemancar radio yang dibangunkan
di pergunungan Namsan.
Untuk sampai ke gunung ini atau Namsan Seoul Tower ini, bolehlah menggunakan
perkhidmatan kereta kabel atau mendaki sahaja hingga ke puncak. Di tepi tepi gunung ni, tumbuh
pokok pokok ros merah yang cantik berkembang. Segar dan indah di pandangan. Bagi peminat
bunga ros seperti saya, melihat ros segar yang tumbuh melata di tepi tepi jalan memang
membuatkan diri sangat teruja.
Di Gunung Nam ini, Saya melihat "ajusshi" dan "ajumma" selamba sahaja mendaki.
Sedang saya tercungap-cungap untuk menapak ke puncak yang tinggi. Memang mereka ternyata
sangat kuat walaupun umur sudah banyak.
Kebanyakan pakcik dan makcik mendaki puncak Namsan Tower ini sebagai aktiviti
riadah. Tidak dinafikan, kawasan ini berbukit dan agak tinggi serta memerlukan keringat yang
banyak untuk menawan puncak. Saya sendiri sekejap sekejap rasa nak duduk rehat dan berhenti
melihat-lihat sambil mengambil semangat mahu sampai ke puncak.
Namsan Seoul Tower setinggi 236,7 meter ini sebenarnya kerap juga menjadi latar
belakang adegan romantis dalam drama Korea, termasuk di antaranya "Boys Over Flower". Siapa
yang layan cerita Korea, mesti tahu adegan yang dilakonkan di Namsan Tower ini.
Pemandangan hijau gunung Namsan dan landskap Seoul memang menarik. Saya
lihat memang ramai "couple" yang mengabadikan kenangan bersama. Moga jodoh mereka
berpanjangan sampai bila bila. Pada masa yang sama, Namsan Seoul Tower menyediakan kafe-
kafe dan kedai ‘souvenir’ yang menjual mangga / kunci cinta.
Katanya, kunci atau mangga itu akan membawa tuah pada yang percaya. Siapa
tahu mungkin ada yang ingin menerapkan mitos romantis yang dipercayai di beberapa negara.
Kalau tanya saya, saya memang tidak percaya, kita tengok dan layan sajalah gelagat mereka. Lain
orang lain pegangannya.
288