Page 302 - e-Dinamik
P. 302

Kalau nak rasa pelbagai jenis "dessert" yang istimewa, disini jugalah tempatnya.
          Bagi penggemar pisang, Yellow Cafe mesti termasuk dalam senarai kunjungan. Ada juga macam-
          macam jenis kek, minuman dan pemanis mulut yang boleh dijadikan santapan bagi perut yang

          sering kelaparan.
                        Buat hantu kimchi macam saya, di Pulau Jejulah tempat yang paling sesuai untuk
          menikmati kimchi dengan sepuas-puasnya kerana hidangan ini boleh dinikmati pada setiap menu
          yang tersedia.Berikut adalah beberapa fakta yang ingin saya kongsikan;
                        #No.1 ; Jeju sememangnya bukan sahaja terkenal dengan luasnya ladang limau,

          tapi Jeju juga terkenal dengan pelbagai hidangan yang berasaskan limau. Selain buah limau yang
          'fresh', terdapat juga jus limau (manis/manis) yang sudah dibotolkan. Harganya lebih kurang
          4000won. [1000won=RM3.67]. Bagi yang suka aiskrim dan coklat, perisa limau yang segar ini

          bolehlah dijadikan pilihan.
                        #No.2; Bibimbap atau Nasi campur adalah
          menu yang paling saya suka. Makanan ini dicampur
          dengan berbagai macam sayuran seperti rumpai laut yang
          dikeringkan, salad dan lobak merah.

                        Hidangan ini turut divariasikan dengan
          tambahan menu seperti tuna dan juga telur. Ada juga
          disediakan pelbagai jenis kimchi disajikan untuk menambat hati peminat menu istimewa ini.

                        Bagi menambahkan kesedapan rasa, hot pepper sause turut disediakan bersama
          dengan mayonis. Kalau betul-betul nak rasa sedapnya bibimbap ni, semua aksesori yang ada
          dalam bekas tu, hendaklah digaul sekata, kemudiannya barulah nikmat kesedapan itu terasa.
          Nasi lembut yang bercampur dengan pelbagai rasa itu pasti dapat mengenyangkan perut buat
          seketika.

                        #No.3; Ramyeon Seafood. Walaupun di pasaraya terdapat berlambak ramyeon,
          tapi tak semuanya boleh dimakan kerana bukan halal. Hurmmm! Bila berada jauh, kenalah cari
          yang menepati citarasa dan menu yang halal sudah semestinya jadi kewajiban buat semua.

















                                                                                                     292
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307