Page 304 - e-Dinamik
P. 304

Kembara Ke The War Memorial of Korea, South Korea
                           Oleh Rosnani Mohd Salleh & Siti Mariam Atan



          Berkesempatan berkunjung ke tempat bersejarah. Mujurlah teman kembara turut meminati tempat
          sebegini dan kami berkongsi memori yang indah. Sesetengah orang mungkin tak suka untuk
          melawat ke tempat bersejarah, tapi bagi saya, inilah tempat yang memberikan nilai tambah dan

          membuatkan kembara itu lebih bermakna.
                        ”The war memorial of Korea' adalah peringatan untuk mereka yang terlibat dalam
          peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Lebih 50 tahun mereka berperang antara dua
          negara. Perang Korea (bahasa Korea: 한국전쟁) adalah sebuah konflik antara Korea Utara dan

          Korea Selatan yang terjadi sejak 25 Jun 1950.
                        Perang ini juga disebut "perang yang dimandatkan" (bahasa Inggris: proxy war)
          antara Amerika Serikat bersama sekutu PBB-nya dengan komunis Republik Rakyat Tiongkok
          yang bekerjasama dengan Uni Soviet (juga anggota PBB). Perang utama ini melibatkan negara

          Korea Utara dan Korea Selatan. Sekutu utama Korea Selatan adalah Amerika Syarikat, Kanada,
          Australia, dan Britain.
                        Manakala, sekutu bagi Korea Utara,
          seperti Republik Rakyat Tiongkok yang menyediakan

          kekuatan tentera. Sementara Uni.Soviet pula
          menyediakan penasihat perang, pilot pesawat, dan
          juga persenjataan untuk pasukan Tiongkok dan Korea Utara.
                        Di muzium ni terdapat pameran yang diadakan di dalam 'exhibition hall' dan juga

          yang ditayangkan di luar dewan. Terdapat 33,000 artifak dengan 6 pintu pameran iaitu
          'Expeditionary Forces Room', 'Patriotic Memorial Room', 'War History Room', 'Korean War Room',
          'Development Hall' dan 'Large Machinery Room’.
                        Di luar muzium, terdapat pelbagai jenis kereta kebal, helikopter, jet, peluru

          berpandu dan kapal selam. Paling menarik hati adalah tugu seorang abang memeluk adiknya.
          Menurut cerita yang kami dengar, ia merupakan kisah benar apabila seorang abang bertemu
          dengan adiknya yang hilang. Mereka berpelukan kerana pertemuan mereka adalah dalam satu
          peperangan dan berada di dalam pasukan yang berlawanan.

                        Setiap negara ada sejarahnya yang istimewa. Sebelum merdeka mesti ada kisah
          sedih, kisah dijajah. Bagi mereka yang mempertahankan tanahair tercinta, kemerdekaan negara
          amat bermakna. Mudahan kita lebih menghargai nikmat merdeka dan mengambil iktibar atas
          setiap titis darah dan peluh yang telah berkorban untuk mendaulatkan bumi Malaysia.


                                                                                                     294
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309