Page 301 - e-Dinamik
P. 301
Kembara Ke Pulau Jeju, Korea
Oleh Rosnani Mohd Salleh & Siti Mariam Atan
Pulau Jeju adalah sebuah pulau yang sangat cantik dan terkenal dengan keindahan laut yang membiru. Pulau
Jeju ini terletak di selatan negara Korea. Selain itu, Pulau Jeju ini juga merupakan pulau yang bergunung
berapi yang berkeluasan 1848 km persegi merupakan pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat Korea.
Dianggap sebuah pulau yang suci oleh masyarakat setempat, Pulau Jeju mula popular dalam
kalangan pelancong pada tahun 1940-n. Setelah itu, Pulau Jeju sering menjadi sebutan para pelancong dari
seluruh dunia sehingga lah hari ini.
Terbahagi kepada dua daerah yang utama iaitu Jeju City dan Seogwipo City yang terletak di
utara dan selatan Pulau Jeju, pengunjung boleh menaiki pesawat dari bandar Gimpo di Seoul dan ini
merupakan cara paling mudah untuk ke pulau ini.
Bagi rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke pulau ini, pihak penerbangan Air Asia turut
menyediakan penerbangan pergi dan balik dengan harga yang sangat berpatutan. Penerbangan ini adalah
penerbangan terus dari KLIA2 mengambil masa 5jam 30minit untuk sampai dan mendarat di Lapangan
Terbang Jeju.
Selain menjadi tempat peranginan yang terkenal di serata dunia, Pulau ini terdiri dari pada
beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi seperti Mount Halla, Ilchulbung Park, Sagumburi Crater, Halim
Park dan beberapa lokasi lain yang menarik perhatian.
Walaupun, tidak banyak restoren yang menawarkan makanan halal, tapi masih lagi ada
pilihan menu halal yang disediakan untuk pengunjung yang memilih Jeju sebagai destinasi percutian.
Bila berkunjung ke destinasi baru, makanan yang dijamu adalah sesuatu yang ditunggu-
ditunggu. Buah limau antara yang terkenal dan menjadi sebutan ramai.
Pergilah ke mana-mana je di sekitar Jeju, mata pasti akan tertangkap
dengan penjual yang menjual pelbagai jenis limau yang setia menunggu.
Bagi yang suka "seafood", Pulau Jeju mungkin boleh
menjadi destinasi yang bakal dikunjungi. Nikmatilah ikan
mackerel yang segar dengan rasanya yang manis.
291