Page 54 - e-Dinamik
P. 54

Beliau yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik telah berjaya memiliki sebuah
              firma perunding dalam pembangunan komuniti. The Zhariff Initiative yang ditubuhkan oleh beliau
              sendiri pada November 2010 merupakan sebuah organisasi yang menerapkan elemen kerja
              sosial, kesedaran umum dan kemanusian. Firma yang beroperasi dengan model perniagaan
              ‘comunity venture’ dan di bawah garis kewangan tersebut ditubuhkan atas rasa tanggungjawab
              sosial beliau terhadap masyarakat. Beliau berhasrat untuk menjadikan syarikatnya sebagai
              platform untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran selain memberi inspirasi
              menerusi pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Dan ini terbukti pada suatu ketika, The
              Zhariff Initiative telah berjaya merentasi beberapa negara seperti Australia, Indonesia dan
              Amerika Syarikat.

                     Namun tiada siapa menduga bahawa panas yang diharapkan hingga ke petang akhirnya
              hujan di tengahari. Seperti usahawan lain, perniagaan ada pasang surutnya. Menerusi
              temuramah yang telah dibuat oleh akhbar dalam talian Star2.com pada 16 Januari 2019, Zhariff
              Afandi telah menyatakan bahawa pada awal perniagaannya, semuanya tampak hebat, namun
              tanpa disedari akhirnya dirinya telah dihanyutkan ke tengah lautan dan bermula dari situ beliau
              telah kehilangan segala-galanya termasuklah rumah tangga yang dibina. Walaupun perit untuk
              menghadapi dugaan, Zhariff yang sememangnya kental orangnya bingkas bangun. Dengan
              berbekal kudrat yang terhad, beliau akhirnya berjaya menerbitkan sebuah karya yang
              bertajuk  S.O.S.: Surfing Out Stuff – A Book Of Growth & Guidance sebuah buku motivasi
              berkisahkan dirinya dalam melalui setiap fasa kehidupan. Semoga kisah insan istimewa yang
              tidak mudah mengalah ini dapat memberi semangat, tauladan dan inspirasi kepada kita semua.














                                                                                                       45
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59