Page 56 - e-Dinamik
P. 56

Adalah menjadi kewajipan kepada usahawan untuk memuhasabah diri dan membuat post

          mortem prestasi perniagaan. Ia harus dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan yang wujud agar
          tindakan menambahbaik dapat dilakukan serta semua keburukan dapat disingkirkan. Ada ketikanya
          maklumbalas daripada pelanggan atau pihak pakar penting ketika usahawan hanyut di dalam
          kelalaian atau tidak menyedari yang kelemahan diri menjadi punca kegagalan.



                 Komunikasi yang berkesan juga merupakan faktor penting yang jarang diberi perhatian oleh
          kebanyakan usahawan. Pelanggan akan setia dengan barangan jika mereka berpuas hati dengan
          maklumat produk, ditambah pula dengan keprihatinan usahawan terhadap keperluan pelanggan.

          Sikap ramah mesra serta komunikasi yang baik dapat memberikan maklumat produk secara tepat
          kepada pelanggan boleh menjadi nilai tambah kepada prestasi usahawan. Mengemaskini serta
          meluaskan rangkaian keusahawan serta barangan di dalam media cetak atau media elektronik adalah
          trending terkini yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan.



                 Pembentukan jaringan usahawan perniagaan melalui jaringan hubungan dengan institusi
          seperti badan berkuasa, pembekal, rangkaian perniagaan, platform pemasaran atau melalui persatuan
          perniagaan adalah penting bagi menjamin kewujudan perniagaan para usahawan mendapat perhatian

          serta dapat menyediakan peluang perniagaan. Malah rangkaian yang dianggap kecil seperti media
          elektronik, saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja malah pesaing itu sendiri tidak boleh
          dipandang ringan.



                 Mengenalpasti keperluan pelanggan boleh dilakukan dengan menjalankan kaji selidik
          keperluan pelanggan mengikut kedudukan geografi serta sosioekonomi masyarakat setempat.
          Dengan kajian ini kita akan dapat mengetahui serta menentukan jenis produk boleh dijual. Sebagai

          tambahan, bantuan khidmat nasihat perniagaan atau pengurusan kewangan daripada agensi atau
          badan berkaitan penting untuk mengukuh serta memajukan perniagaan. Objektif usahawan juga perlu
          memastikan barangannya adalah sempurna kualitinya, berpatutan harganya serta senang diperolehi.

          Kesetiaan pelanggan tidak akan berbelah bahagi sekiranya objektif ini sentiasa dicatatkan di dalam
          diari keutamaan usahawan.










                                                                                                       47
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61