Page 55 - e-Dinamik
P. 55

DILEMA KEGAGALAN USAHAWAN BUMIPUTERA: ADAKAH IA GENETIK WARISAN?
                                       Oleh: Basaruddin Shah Bin Basri

                     Masyarakat bumiputera pada hari ini beranggapan bahawa cara terbaik mendapatkan

          jaminan saraan kehidupan adalah melalui kerja makan gaji. Ini kerana ia mudah serta tanpa risiko.
          Selesa hanya dengan melapor kerja jam lapan atau sembilan pagi serta pulang di petang harinya.
          Mereka tidak berkisah dengan bayaran yang nyata tidak setimpal nilai perbelanjaan bebanan
          tanggungan. Hakikatnya, mereka mempercayai bahawa menjadi usahawan atau menjalankan
          perniagaan tidak mampu menjamin kehidupan yang lebih baik. Tidak menghairankan jika sehingga ke

          saat ini, pegangan bumiputera dalam sektor ekonomi masih tidak tercapai. Utusan Malaysia bertarikh
          14 Februari 2019 melaporkan bahawa jumlah sumbangan usahawan bumiputera kepada Keluaran
          Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya berlegar di sekitar lapan peratus. Walaubagaimanapun, adalah

          tidak adil untuk menghukum kaum bumiputera dengan dilemparkan semua tuduhan sebagai penyebab
          kepada semua permasalahan. Pembentukan jaringan sosioekonomi yang tidak seimbang sejak
          zaman penjajahan secara tidak langsung telah membina tembok pemisahan ekonomi antara kaum,
          sedikit sebanyak memberi kesan kepada sistem polarisasi ekonomi serta persepsi ke atas kaum
          bumiputera. Kesudahannya, menyebabkan kaum ini sudah jauh tersasar daripada impian serta

          matlamat untuk menjadi kaum penakluk ekonomi. Hakikatnya, bumiputera sebenarnya boleh!

                   Adakah susah untuk kaum bumiputera menjadi usahawan? Usahawan bumiputera sudah

          sinonim dengan skrip cerita yang sering dicanangkan tentang punca kegagalan mereka dalam
          perniagaan. Tiada kesungguhan di dalam perniagaan, tidak mempercayai serta banyak menghabiskan
          masa memusnahkan usaha orang lain, tidak mengkaji serta menganalisa keperluan semasa serta

          kehendak pelanggan, tiada post mortem kepada prestasi, tiada perancangan boleh jaya, medium
          pemasaran yang pasif serta tidak mengenali serta tidak membuat pembaharuan kepada produk itu
          sendiri adalah antara punca utama kepada kemerosotan perniagaan kaum bumiputera. Malangnya,
          corak urusniaga sebegini masih terus diamalkan dan kepercayaan sebeginilah yang akan diwariskan
          kepada leluhur daripada generasi baru.


                  Bagi menjamin pulangan yang berterusan, usahawan sepatutnya menyediakan produk atau
          perkhidmatan yang diperlukan atau diminati oleh pelanggan. Ia merangkupi kualiti produk, kemaskini

          harga barangan atau perkhidmatan, perkhidmatan selepas jualan, capaian kepada bekalan atau
          maklumat berkenaan produk. Semua ini adalah untuk satu tujuan iaitu memastikan kehendak serta
          kepuasaan pelanggan sentiasa dipenuhi serta memastikan pulangan yang diinginkan.





   46
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60