Page 31 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 31

3.0 Pembahagian Pemberatan


                                               Pembahagian pemberatan markah penilaian prestasi bagi staf
                                               akademik adalah seperti berikut:

                                                   •  Pointer System yang membawa 85% penilaian terdiri daripada
                                                      komponen penyelidikan, perkhidmatan, pengajaran dan
                                                      penyeliaan dan klinikal
                                                   •  Nilai Teras P.O.I.S.E yang mewakili 5% dinilai oleh Pegawai
                                                      Penilai, manakala sebanyak 10% dinilai oleh pemegang taruh
                                               Bagi staf eksekutif dan staf operasi penilaian Nilai Teras P.O.I.S.E adalah
                                               100%. Wajaran penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori berikut:
                                                   •  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) sebanyak 40% yang diterapkan
                                                      dengan item P.O.I.S.E dan dinilai oleh Pegawai Penilai Pertama
                                                      (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)
                                                   •  Nilai Teras P.O.I.S.E sebanyak 60% akan dinilai oleh pelbagai
                                                      pemegang taruh
                                               Penilaian prestasi berasaskan NTP adalah penting bagi melahirkan staf
                                               UM yang cemerlang bukan hanya dari segi pelaksanaan tugas malahan
                                               memiliki personaliti atau sikap yang baik. Personaliti yang unggul serta   31
                                               sikap yang positif dalam diri dapat membantu untuk menyediakan
                                               perkhidmatan yang efisien berorientasikan pelanggan sekali gus dapat
                                               meningkatkan reputasi UM di persada antarabangsa. Apabila UM
                                               menyertai penarafan di peringkat antarabangsa, keperluan sumber
                                               manusia yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama dapat
                                               dicapai seiring dengan kedudukan UM antara 100 universiti terbaik dunia.


                                                                        Pemberatan Penilaian

                                                                   Akademik      Eksekutif dan Operasi
                                                        Pointer System (85%)                Pegawai Penilai SKT
                                                               Pengajaran,                  yang diterapkan
                                                              Penyelidikan,        The Values  dengan NTP (40%)
                                                      Perkhidmatan dan Klinikal      360
                                                                                     FEEDBACK
                                                                                            Pemegang Taruh
                                                 Pegawai Penilai                            (Stakeholders) NTP
                                                         (5%)   The Values                  (60%)
                                                                  360
                                                                  FEEDBACK
                                                 Pemegang Taruh
                                                   (Stakeholders)
                                                         10%                     Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Universiti
                                                                                         pada 24 Mac 2021 & 4 Mei 2021
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36