Page 5 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 5
Kata Alu-Aluan Naib Canselor
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
syabas kepada seluruh warga Universiti Malaya (UM) atas pencapaian
cemerlang UM, terutamanya kejayaan untuk kekal mengungguli
kedudukan dalam senarai antara 100 universiti terbaik dunia selama
empat tahun berturut-turut.
Saya berkeyakinan bahawa kejayaan ini adalah proses yang dirancang
berpandukan kepada Visi dan Misi sebagai matlamat yang jelas kepada
seluruh warganya. Hal ini merupakan gambaran nilai dan usaha secara
kolektif organisasi yang terbit dari hasil usaha setiap warga UM sama
ada staf akademik, eksekutif dan operasi, mahupun para pelajar. Usaha
sedemikian tidak akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat
dan tidak mungkin akan berjaya tanpa kerjasama erat dan sokongan
antara satu sama lain.
Dalam usaha untuk meneruskan tradisi kecemerlangan bagi
meningkatkan kecekapan dan produktiviti warga kerja UM, pihak 5
Pengurusan telah melaksanakan satu pelan tindakan penambahbaikan
kaedah Penilaian Prestasi Tahunan (KPI) yang bersifat holistik
PROFESOR DATO’ IR. DR. dan selaras dengan objektif Pelan Transformasi UM yang baharu.
MOHD HAMDI BIN ABD SHUKOR Penerapan elemen teras P.O.I.S.E dalam aspek penilaian amalan kerja
Naib Canselor warga universiti akan membolehkan organisasi ini membudayakan
nilai-nilai teras secara berkesan dan efektif. Diharapkan usaha ini dapat
BEng (Hons) (Imperial College London)
ACGI, MSc (U of Manchester) menyokong Visi untuk menjadikan Universiti Malaya sebagai universiti
Dr.Eng (Kyoto U) global yang memberi impak kepada dunia.
PEng, CEng (UK), FIMechE (UK) Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan penghargaan
atas segala usaha warga kerja UM baik dalam kalangan staf akademik,
mahupun staf eksekutif dan operasi kerana tanpa anda, UM tidak akan
dapat mencapai kejayaan yang kita kecapi pada hari ini.
Sekian, terima kasih.