Page 7 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 7
Kata Alu-Aluan Pemangku Pendaftar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Nilai Teras merupakan satu prinsip atau kepercayaan yang dituntut
oleh organisasi terhadap setiap perlakuan warganya yang menjadi asas
dan amalan yang harus digunakan dalam melaksanakan tugas serta
tanggungjawab yang telah diamanahkan. Selaras dengan pelaksanaan
Pelan Strategik Baharu Universiti Malaya 2021 – 2025, Nilai Teras
baharu Universiti: Passion (Kesungguhan), Oneness (Perpaduan),
Integrity (Integriti), Sincerity (Keikhlasan) dan Empathy (Empati) yang
secara ringkasnya P.O.I.S.E juga telah diperkenalkan.
Penerapan Nilai Teras P.O.I.S.E (NTP) perlu dihayati, disemai dan
ditanam ke dalam diri setiap warga Universiti supaya menjadi budaya
hidup serta sumber kekuatan semua warga ke arah pencapaian visi UM
untuk menjadi Universiti bertaraf global yang memberi impak kepada
dunia.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada ahli Task Force 11 (TF11) yang 7
telah bertungkus lumus membantu universiti untuk membangunkan dan
menambah baik sistem Penilaian Prestasi Tahunan (KPI) kepada KPI
PROFESOR IR. DR. baharu yang lebih komprehensif berdasarkan elemen-elemen P.O.I.S.E.
NOOR AZUAN BIN ABU OSMAN
Pemangku Pendaftar Tahniah juga saya ucapkan kepada TF11 kerana telah berjaya
menghasilkan buku Pengurusan Prestasi Nilai Teras P.O.I.S.E sebagai
BEng (Hons) (Brad.), MSc, satu inisiatif untuk membantu warga Universiti memahami dan
PhD (Strath.) menghayati amalan NTP. Saya yakin buku Pengurusan Prestasi Nilai
FASc, MIEM, PEng, CEng (UK), Teras P.O.I.S.E ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap warga
FIMechE (UK), FIEAust (Aus), sebagai panduan dan rujukan untuk memberikan perkhidmatan dengan
CPEng (Aus), NER, IntPE (Aus) penuh keikhlasan serta komitmen yang tinggi demi Universiti Malaya.
Sekian, terima kasih.