Page 2 - BCD ANDROID
P. 2

FARAHIYAH BINTI CHE KOB
                                      SMK Kinarut Papar, Peti Surat 637, 89608 Papar, Sabah.
                                                 g-72253732@moe-dl.edu.my

                  Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam menghafal fakta subjek Sains
                  sambil  bermain.  Kajian  ini  difokuskan  kepada  eksperimen  ‘Ujian  Makanan’  dalam  Bab  3:  Nutrisi,
                  berdasarkan buku teks Sains tingkatan 2. ‘Ujian Makanan’ juga merupakan salah satu eksperimen wajib
                  yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Seramai 26 orang pelajar kelas 2 Beta di SMK Kinarut, Papar, Sabah
                  telah dipilih. Mereka terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. Tinjauan awal
                  melalui  pra  ujian  yang  dijalankan,  mendapati  0%  pelajar  mendapat  skor  11-17.  Berdasarkan  jawapan
                  pelajar,  saya  dapati  mereka  sukar  untuk  menulis  larutan  yang  digunakan  dalam  menjalankan  ‘Ujian
                  Makanan’.  Selain  itu,  mereka  juga  tidak  boleh  menjawab  soalan  pemerhatian  dan  inferens  bagi  ‘Ujian
                  Makanan’.  Justeru  itu,  saya  telah  mencipta  satu  permainan  yang  diadaptasi  daripada  permainan  yang
                  pernah popular di zaman kecil pelajar iaitu origami buka tutup. Permainan ini telah saya inovasikan dan
                  menamakannya sebagai Teknik ‘REM-Q’ (REMember by Question). Selepas pelajar menggunakan teknik
                  ini,  saya  dapati  keputusan  pelajar  mendapat  skor  11-17  semakin  meningkat,  iaitu  daripada  0%  dalam
                  praujian menjadi 73.08% dalam pascaujian. Ini menunjukkan, pelajar mudah untuk mengingat dan sangat
                  bermotivasi untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Berdasarkan maklum balas pelajar, mereka juga
                  menyatakan teknik ini lebih seronok, sangat menarik perhatian dan memudahkan mereka menguasai fakta-
                  fakta  di  dalam  matapelajaran  Sains.  Secara  kesimpulannya,  kajian  ini  dilihat  boleh  diaplikasikan  dalam
                  tajuk-tajuk  pembelajaran  Sains  yang  lain  selain  ‘Ujian  Makanan’.  Teknik  ‘REM-Q’  ini  juga  mampu
                  menjadikan pembelajaran lebih seronok dan bermakna.
                  Kata Kunci: Teknik REM-Q, Ujian Makanan, inovasi, permainan, origami buka tutup.

                  KB04
                                              SISTEM MAKLUMAT TEMPAT OJT

                                   NAJIHA BINTI HUSSEIN , YUSSALINA BINTI MOHD YUSOP
                                                        1
                                                                                      2
                        Kolej Vokasional Perdagangan, Susur 7 Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru, Johor
                                                 1 najiha.dedagang@gmail.com

                  Sistem  maklumat  akan  mewujudkan  satu  kaedah  yang  membolehkan  data  disimpan  secara  sistematik
                  dengan  menggunakan  pangkalan  data  seterusnya  menyediakan  sebuah  maklumat  yang  bermanfaat.
                  Sistem  Maklumat  Tempat  On-The-Job-Trainning  (OJT)  di  Kolej  Vokasional  Perdagangan  (KVP)  yang
                  dibangunkan merupakan satu inisiatif Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) untuk menyampaikan maklumat
                  senarai tempat OJT dan dijangka akan menjadi rujukan pertama pelajar khususnya bagi program tunggal
                  JTM iaitu program Diploma Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web (DKA) di KVP semasa
                  melakukan pencarian  tempat OJT.  Menerusi sistem  ini,  tempat  OJT  akan diberi  penarafan  oleh  pelajar-
                  pelajar OJT yang berlatih di situ berdasarkan tahap kesesuaian tempat tersebut dengan bidang kemahiran
                  program DKA. Penilaian tempat OJT juga boleh dilakukan dan fungsi ini disusun mengikut sebuah borang
                  yang  terdapat  dalam  dokumentasi  pengurusan  OJT  iaitu  borang  KV  OJT  15  iaitu  maklum  balas  pelajar
                  terhadap  tempat  OJT.  Ini  merupakan  langkah  pertama  pihak  JTM  bagi  mencadangkan  transformasi
                  penggunaan  sistem  borang  fizikal  kepada  borang  digital  dalam  pengurusan  dokumentasi  OJT.
                  Pembangunan projek ini menggunakan metodologi prototaip dan telah mendapat sambutan yang baik oleh
                  pihak  pengurusan  Jabatan  Teknologi  Maklumat,  pelajar-pelajar  program  DKA  dan  juga  pihak  Unit
                  Perhubungan Latihan Industri menerusi penilaian kebolehgunaan yang telah dilaksanakan. Sistem ini akan
                  dipertingkatkan  lagi  fungsinya  supaya  boleh  digunakan  oleh  semua  program  yang  ditawarkan  di  mana-
                  mana Kolej Vokasional.
   1   2   3   4   5   6   7