Page 6 - BCD ANDROID
P. 6

kestabilan dan keseimbangan. Apabila berjalan, mereka sukar berjalan dengan lurus jika tiada bimbingan kiri dan
                kanan.  Apabila  menulis  juga sebegitu,  mereka  sukar menulis  tegak sekiranya tiada  garisan  di bawahnya.  Idea
                untuk menghasilkan EZ Topi terhasil apabila masalah aktiviti membahagi rambut yang selalunya boleh dilakukan
                dalam  jangka  masa  5  minit,  mengambil  masa  sehingga  30  minit  bagi  pelatih  OKU  sedangkan  kemahiran
                membahagi  rambut  adalah  perkara  asas  yang  perlu  dikuasai  dalam  kursus  dandanan  rambut.  Rambut  perlu
                dibahagi kepada beberapa bahagian seperti 4, 3, 8 dan 9 bahagian sebelum membuat aktiviti penggayan atau
                guntingan rambut. Objektif penghasilan EZ Topi adalah untuk membantu pelatih dandanan rambut khasnya pelatih
                OKU membahagi rambut dengan cepat dan kemas. EZ Topi yang dihasilkan untuk 4 jenis pembahagian rambut
                yang berbeza. EZ Topi dibangunkan dengan kos yang rendah, menggunakan bahan kitar semula, mudah dibawa
                ke mana-mana dan mudah disimpan. Rekabentuk penguji boleh ditambahbaik untuk tujuan komersial dan boleh
                dibuat  dengan  bahan  lain  yang  lebih  kukuh.  Kesimpulannya,  produk  yang  dihasilkan  sangat  membantu  dalam
                proses pembelajaran dan pengajaran dan boleh disebarluas kepada institusi lain yang mempunyai pelatih OKU.
                EZ Topi bertindak sebagai pembaris yang membantu MBK membahagi dengan cepat, tepat dan kemas memenuhi
                ciri-ciri keterampilan.
                Kata Kunci: Dandanan rambut, OKU, Alat Bantu Mengajar, EZ Topi

               KB10
                                                   TEKNIK KAT KAK SU MAR

                                                       CHRISTINA TAN
                               SMK Penrissen No. 1,KM 20 Jalan Kuching-Serian,93250 Kuching, Sarawak.
                                                    chriz_enna@yahoo.com

               Teknik kat kak su Mar merupakan satu teknik yang dihasilkan untuk meningkatkan amalan pengajaran guru yang
               berpusatkan murid berkonsepkan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dan membantu murid menguasai kemahiran
               mentaksir kehendak  soalan. Sehubungan  itu,  Teknik  ini  ternyata  amat  berkesan  dan  sangat  membantu  guru  dan
               murid  dalam  sesi  pembelajaran.  Melalui  penggunaan  Teknik  ini,  guru  dapat  melaksanakan  pembelajaran  yang
               berkesan. Murid juga mampu berfikir aras tinggi . Kelebihan teknik ini adalah tidak menggunakan sebarang kos dan
               amat mudah diaplikasikan oleh guru serta mewujudkan suasana pembelajaran yang amat menyeronokan. Jelaslah
               bahawa  penggunaan  teknik  ini mampu menjadi medium  untuk  membantu  guru  dan murid semasa  melaksanakan
               aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah bahkan dalam pembelajaran alam maya sekaligus meningkatkan prestasi
               pelajar. Jika Teknik ini dikomersialkan dan diguna oleh semua guru di Malaysia, maka negara kita dapat melahirkan
               pelajar yang hebat dan mampu bersaing di mata dunia.
               Kata Kunci : Teknik Kat Kak Su Mar, pembelajaran abad ke-21.


               KB11
                                                       CHEM-MAZE KIT

                                                  KOMATHY VEERASINGHAN
                                    Smk Ave Maria Convent Ipoh, Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh
                                                    Komathy2112@gmail.com
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11