Page 8 - BCD ANDROID
P. 8

KB13
                      PENGGUNAAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN DOKUMEN MURID (SisPADU) KE ARAH
                                       MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER

                                                                                            2
                                                            1
                                NUR AAINAA BINTI MUHAMMAD , NURUL IZZATI ADLINA ABDULLAH
                                          SMK. Kudat II, Peti Surat 505, 89058 Kudat, Sabah
                                                     xea5023@moe.edu.my

               Pengurusan  kaunter  yang  cekap  dan  baik  memberi  gambaran  yang  positif  terhadap  imej  organisasi.  Sistem
               Bersepadu Pengurusan Dokumen Murid (SisPADU) yang digunakan di SMK.Kudat II, Kudat, Sabah merupakan satu
               sistem yang dilengkapi dengan data murid bagi memudahkan pelbagai urusan kaunter seperti Surat Pengesahan
               Murid, Surat Rawatan, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan Pembantu Tadbir
               sekolah menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan murid dan ibu bapa tanpa merujuk kepada Guru Kelas.
               Selain itu, sistem ini juga dibangunkan untuk memendekkan masa menunggu ibu bapa yang berurusan di kaunter.
               Sebelum  penggunaan  SisPADU  ini,  Pembantu  Tadbir  perlu  merujuk  kepada  Guru  Kelas  untuk  mendapatkan
               maklumat  murid  dan  hal  inimengambil  masa  yang  lama  untuk  menyediakan  dokumen  segera  yang  diperlukan.
               Berdasarkan penggunaan sistem ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja Pembantu Tadbir malah dapat menjimatkan
               masa menunggu pelanggan yang berurusan di kaunter. Secara keseluruhannya, dengan penggunaan sistem ini imej
               sekolah bertambah baik dan dapat mencapai Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan. Sistem ini berpotensi untuk
               dikomersialkan kerana ia mudahdan berkesan dari segi masa dan kos.
               Kata Kunci : SisPADU, murid, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan efisien

               KB14
                                                  FUN TRANSFORMATION KIT

                                                    MARIANI BINTI MANSOR
                                               SMK Pengalat, 89608,Papar, Sabah,
                                                 marianimansor.hhh@gmail.com

               Fun  Transformation  Kit  adalah  satu  pendekatan  baru  dalam  menguasai  kemahiran  Matematik  tajuk  Penjelmaan.
               Setiap guru sentiasa memikirkan sesuatu yang baru bagi membantu pelajar pelajarnya memahami tajuk yang diajar.
               Menyedari  hakikat  ini  satu  inovasi  direka  bagi  membolehkan  murid  meningkatkan  kemahiran  menjawab  dan
               mentakrifkan  Translasi,  Putaran,  Pembesaran  dan  Pantulan  dengan  betul.  Berdasarkan  ujian  pra  dan soal  jawab
               secara  lisan,  didapati  murid  menunjukkan  kekeliruan  dan  mengalami  masalah  dalam  menjawab  soalan  berkaitan
               topik  Penjelmaan.  Inovasi ini banyak menggunakan  aktivii  hands  on dan terdapat unsur  unsur  permainan  (Game
               Based  Learning),  maka  pelajar  tidak  mengantuk  dan  senang  memahami  apa  yang  diajar.  Pelajar  menggerakkan
               objek dan imej yang berwarna warni di atas papan Fun Transformation Kit selaras dengan apa yang saya beritahu di
               hadapan  kelas.  Untuk  sub  tajuk  Putaran  mereka  akan  menindih  objek  dan  imej  di  tempat  yang  sama  dan
               memutarkan imej mengikut soalan yang diberikan, manakala untuk Pantulan pelajar akan menggunakan lidi untuk
               membuat garis pembahagi objek dan imej. Dari aktiviti hands on yang mereka buat bersama ahli kumpulan, murid
               akan faham bahawa pantulan dipantulkan pada garis bukan pada pusat. Untuk tajuk pembesaran pula murid juga
               menggunakan lidi bagi menyambung titik titik yang sepadan antara objek dan imej bagi mencari pusat pembesaran.
               Berbanding  menggunakan  kaedah  syarahan,  dalam  masa  40  minit  murid  telah  memahami  konsep  Pantulan,
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13