Page 12 - BCD ANDROID
P. 12

aktiviti PAK21, kemahiran berfikir aras tinggi, penggunaan teknologi dan pembelajaran kendiri. Setiap aktiviti di dalam
               modul  ini  adalah  berdasarkan  DSKP  yang  disesuaikan  dengan  buku  teks  secara  kronologi  berdasarkan  tahap
               penguasaan  murid  yang  berbeza-beza.  Inovasi  ini  terbukti  dapat  meningkatkan  produktivi  dan  mempermudahkan
               guru  berdasarkan  maklumbalas  yang  dikemukakan  oleh  murid  dan  guru.  Malahan  penggunaan  QR  info  dan  QR
               MCQ memberikan maklumat tambahan dan dapat menguji tahap penguasaan murid berkaitan tajuk yang dipelajari.
               Modul ini telah ditambah baik daripada modul asal untuk digunakan secara menyeluruh. Ini terbukti apabila modul ini
               menepati  DSKP  dan  sangat  sesuai  sebagai  modul  PDPR  sama  ada  sekolah  menengah  harian,  sekolah  asrama
               penuh, MRSM dan sekolah agama.
               Kata kunci: iPro Sifu, Modul, PdP, DSKP

               KB20
                   TEKNIK LALABI KETEPATAN BACAAN PENGUKURAN DENGAN MENGGUNAKAN MIKROMETER DI
                                     KALANGAN MURID KELAS KEJURUTERAAN MEKANIKAL

                                                                                                  3
                                                                     2
                                            1
                   MD NASSER BIN SAMSUDIN , NUR AZNI BINTI MAT NAWI , UMI SALAMAH BINTI BURAHAN , NOOR
                                      ZANARIAH BINTI MD ZAIN , FARIDAH BINTI MOHAMED  5
                                                             4
                         Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Ibbetson, 11400 Pulau Pinang
                                                    kasimanzen@yahoo.com

               Metrologi  Industri  adalah  salah  satu  subjek  sokongan  yang  diperlukan  dalam  bidang  kejuruteraan,  terutamanya
               kejuruteraan mekanikal.  Metrologi biasa dipanggil Sains Pengukuran adalah disiplin ilmu yang mengkaji jenis alat
               pengukur kejuruteraan, kaedah pengukuran, penentukuran dan ketepatan dalam industri dan Sains dan teknologi.
               Kajian  ini  bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran  murid  dalam matapelajaran  Pengajian  Kejuruteraan
               mekanikal menggunakan multimedia sebagai alat penyampaian persembahan bahan. Berdasarkan jumlah kes yang
               masih berlaku ramai murid tidak memahami konsep dan aplikasi pengukuran linear dan pengukuran sudut. Dengan
               menggunakan model reka bentuk Kurt Lewin, subjek kajian yang digunakan adalah murid Kejuruteraan Mekanikal
               seramai  18  orang  murid.  Hasil  kajian  menunjukkan  bahawa  dalam  pencapaian  pembelajaran  murid  dalam  fasa
               pertama  melalui  aktiviti  amali  adalah  64.81%,  selepas  fasa  kedua  kadar  pencapaian  meningkat  kepada  88.9%.
               Tahap pemahaman menggunakan alat ukuran juga meningkat, dari 59.3% pada fasa pertama menjadi 88.9%
               selepas fasa kedua.
               Kata Kunci: Aktiviti pembelajaran murid, pengukur kejuruteraan, multimedia, aktiviti amali


               KB21
                EZ KAD WARNA- KAEDAH MENGINGATI FAKTA SEJARAH DALAMKALANGAN PELAJAR SVM 2 ETE1 KVBP

                                                  NOR ABIZAN BINTI MD ZAIN
                                     Kolej Vokasional Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
                                                     abizan@edidik.edu.my

               Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah melalui Teknik
               EZ Kad Warna. Ia merupakan satu alternatif lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Subjek
               Sejarah.  Tinjauan  awal  mendapati  bahawa  pelajar  sukar  untuk  mengingati  fakta  Sejarah  selepas  membaca  atau
               mendengar  perbincangan  topik  dalam  kelas.  Ujian  Pra  menunjukkan  bahawa  kesemua  pelajar  hanya  dapat
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17