Page 14 - BCD ANDROID
P. 14

KB23
                                                       SMART SPONGE

                                                    MARIANI BINTI MANSOR
                                            SMK Pengalat, PS 82, 89608, Papar, Sabah.
                                                 marianimansor.hhh@gmail.com

               Inovasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan melukis Plan Dan Dongakan.
               Dalam  P&P  geometri  2D  dan  3D  banyak  melibatkan  visual  imejan.  Pendidik  sering  menggunakan  bahan-bahan
               mengajar (BBM) seperti bongkah bongkah pepejal, visual visual statik atau sekadar melukis gambarajah berkenaan
               dipapan  hitam  atau  putih.  Proses  P&P  akan menjadi  kurang  berkesan jika  semua  pelajar  diandaikan  mempunyai
               kebolehan serta kemahian kognitif dan visualisasi yang sama. Maka timbullah idea menggunakan span. Semasa di
               dalam  kelas  apabila  menggunakan  bongkah  pepejal  saya  sering  memberitahu  pelajar  sekiranya  kamu  hendak
               melukis plan maka hendaklah kamu bayangkan kamu menekan bongkah tersebut dari atas ke bawah. Manakala jika
               hendak melukis dongakan sama ada dari depan atau sisi kamu hendaklah membayangkan kamu menolak bongkah
               tersebut hingga ia penyet ke belakang. Penerangan saya ini tidak difahami oleh kebanyakan pelajar saya dan saya
               mula teringat dalam satu bahan pembacaan saya “apabila terlalu banyak menggunakan kaedah syarahan, P&P ia
               akan menjadi kurang menarik,  pelajar tidak memberikan perhatian dan suasana kelas akan menjadi bosan.  Saya
               perlu  menjadi  guru  yang  kreatif,  guru  yang  membantu  mengatasi  masalah  ketidakfahaman  pelajar,  [Gerstner
               et.al.(1994),p 82 - JURNAL PENDIDIKAN KPM] berpendapat bahawa “Nothing happens in school unless students
               want to learn”. Oleh itu menurutnya untuk mewujudkan pelajar yang ingin belajar elemen keseronokan belajar harus
               wujud.  Saya  merasakan  bagi  mewujudkan keseronokan  belajar  saya  perlu  memperbanyakkan  aktiviti  “hands  on”.
               Semasa  aktiviti  “hands  on”,  saya  menyelitkan  unsur  unsur  permainan  (Games  Based  Learning).  Saya  juga  akan
               menggunakan pelbagai warna dalam kertas soalan dandalam projek inovasi. Dalam inovasi ini saya menggunakan
               span  menggantikan  bongkah  pepejal  yang  keras  dan  tidak  boleh  ditekan.  Saya  juga  menggunakan  kertas  yang
               bewarna warni untuk menulis soalan. Saya juga dapati hanya selepas satu kelas sahaja 10 daripada 16 pelajar saya
               mendapat markah 9 dan ke atas dari 12 markah yang diperuntukkan. Maka saya sangat yakin teknik menggunakan
               span yang saya namakan sebagai Smart Sponge ini sangat  sangat  membantu saya dalam memahamkan pelajar
               saya berbanding kaedah tradisional yang saya gunakan sebelum ini.
               Kata Kunci : kemahiran visual, bahan maujud, Game Based Learning (GBL), visualstatik, kemahiran kognitif.

               KB24
                                                   PHYSICS MULTICARD KIT

                                                  RACHEL JOLEN DE GUZMAN
                                       SMK Pengalat Papar, Peti Surat 82, 89607 Papar, Sabah
                                                     Chelson86@gmail.com

               Physics Multicard Kit merupakan kad aktiviti pembelajaran Fizik yang terdiri daripada 4 kad aktiviti pembelajaran iaitu
               kad definisi Fizik, kad konsep Fizik, kad rumus Fizik dan kad aktiviti soalan Tingkatan 4 KSSM. Physics Multicard Kit
               dapat membantu pelajar menguasai  dan memahami konsep  Fizik dan  memudahkan  PdPc  seterusnya  membantu
               pelajar  menjawab  soalan  pada  aras  yang  lebih  tinggi.  Hasil  tinjauan  awal  menunjukkan  murid  kurang  mahir
               menjawab  soalan  aras  pengetahuan  kerana  tidak  menguasai  definisi-definisi,  rumus  dan  konsep  Fizik.  Bagi
               mengatasi masalah ini, para murid diperkenalkan dengan teknik belajar dan bermain menggunakan kad imbasan dan
               kad aktiviti. Hasil dapatan inovasi ini, murid dapat menguasai definisi, rumus dan konsep Fizik seterusnya menjawab
               soalan  dengan  lebih  sistematik,  cekap  dan  mudah.  Kit  ini  juga  digunakan  untuk  membantu  pdpc  dengan  cara
               interaktif,  kolaboratif  serta  meningkatkan  kemahiran  berfikir  secara  kreatif  dan  kritis  memenuhi  aspek  PAK-21.
               Inovasi ini mengaplikasikan Teori Kontruktivisme, Teori Kognitif dan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart.
               Penggunaan kad ini menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pasca pelajar Tingkatan 4 UM.  Ia mudah
               dibina, berkos rendah dan boleh diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Diharapkan hasil inovasi ini akan dapat
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19