Page 18 - BCD ANDROID
P. 18

Abstrak Kategori C : Guru Sekolah Rendah

               KC01:
                                                           TREK 60

                                              OLEH FAIRUZ HANI BINTI WAGIMAN
                                               SK Datuk Wan Idris, Segamat, Johor.
                                            Jalan Tahang Rimau, 85000, Segamat, Johor
                                                   Fairuzhani1638@gmail.com

               Semasa mengajar murid Pendidikan Khas KSSRPK Tahun 4 (masalah pembelajaran) bagi tajuk ‘Masa dan Waktu’,
               saya dapati proses penerangan berkenaan konsep masa dan waktu terutamanya i)-nama jarum pada muka jam, ii)-
               perkaitan masa dan iii)-membaca waktu menjadi sukar kerana teknik pembelajaran biasa untuk murid normal amat
               berbeza dibanding murid berkeperluan khas. Mereka juga keliru dengan bahan bantu mengajar sewaktu di dalam
               kelas (dua jarum sahaja) dengan jam sebenar di persekitaran mereka. Merujuk kepada petikan di artikel yang ditulis
               oleh  Jawatankuasa  Bersama  Kebangsaan  Bermasalah  Pembelajaran  (The  National  Joint  Committee  on  Learning
               Disabilities,  1988) yang  terdiri  daripada  organisasi  professional,  mentakrifkan  masalah  pembelajaran  sebagai
               merujuk  kepada  satu  kumpulan  masalah  yang  pelbagai  yang  mengakibatkan  kesukaran  yang  nyata  mendengar,
               bertutur,  membaca,  menulis,  membuat  keputusan  atau  menyelesaikan  masalah  matematik.  Masalah–masalah  ini
               berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Terutamanya,
               murid ADHD, mempunyai masalah inattention yang mana murid mempunyai daya penumpuan yang lemah. Maka,
               guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih menarik dan berpandu.Oleh itu, pengkaji mendapati penggunaan BBM
               biasa  sebagai  medium  pengajaran  membuatkan  murid  bosan  dan  tidak  fokus.  Pengkaji  memikirkan  strategi
               pembelajaran yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini dengan mengambil kira keperluan objektif pembelajaran
               dan strategi pembelajaran yang bersesuaian. Oleh itu, pengkaji telah mengubahsuai muka jam bagi memudahkan
               murid bermasalah pembelajaran menguasai konsep masa dan waktu dengan teknik penceritaan bagi menamakan
               nama  jarum  pada  muka  jam  serta  perkaitan  masa.  MBK  juga  boleh  menguasai  kemahiran  menentukan  waktu
               dengan bantuan notasi warna-warna yang menarik dangajet-gajet ‘Trek 60’.

               KC02
                                                  THE AMAZING SHARPENER
                                                 MUHAMMAD AFHAM BIN BIDIN
                                       SK SG Penchala, Jalan Damansara, 60000, Kuala Lumpur

               Masalah kelas kotor akibat sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai menjadi fenomena biasa terutama di
               sekolah  rendah.  Fenomena  ini  berlaku  kerana  pengasah  pensel  yang  digunakan  oleh  majoriti  murid  tiada  ruang
               penyimpanan  atau  mempunyai  ruang  penyimpanan  sisa  asahan  bersaiz  kecil  yang  dibelidi  pasaran.  Akibatnya
               banyak sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai dan menjejaskan keceriaan kelas. Dari sehari ke sehari
               masalah persekitaran kelas kotor terus berlaku terutama pada masa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang
               melibatkan aktiviti menggunting dan menampal gambar. Cebisan kertas daripada aktiviti menggunting dan menampal
               menambahkan lagi masalah kelas kotor.Walaupun bakul sampah disediakan di belakang kelas tetapi masalah kelas
               kotor  masih  berlaku  sehingga  terdapat  cebisan  kertas  di  luar  bakul  sampah.  Pengasah  pensel  yang  mempunyai
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23