Page 20 - BCD ANDROID
P. 20

kaedah  pemerhatian, menemu  bual murid  secara  personal  dan  analisis  dokumen.  Inovasi ini melibatkan  8 orang
               murid  daripada tahun  6 (3 lelaki dan  5  perempuan).  Dapatan menunjukkan  bahawa murid menguasai, mengenal
               pasti dan menggunakan kit ICSY100  dengan jayanya.  Tempoh masa  yang  diambil  untuk menjalankan  inovasi  ini
               adalah selama 6 bulan. Dapatan daripada ujian pos menunjukkan 100% murid lulus, berbanding ujian pra 0% lulus.
               Secara keseluruhan, inovasi ini telah berupaya meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk operasi asas, pecahan,
               ruang dan koordinat dengan jayanya. Implikasi daripada inovasi ini menunjukkan murid yang kurang berminat untuk
               mempelajari matapelajaran Matematik menjadi lebih berminat dan markah ujian Matematik juga telah meningkat. Kit
               ICSY100  ini  juga  dapat  menimbulkan  keseronokan  dan  minat  murid  dalam  pembelajaran  Matematik  kerana
               fungsinya yang pelbagai dan boleh dijadikan sebagai permainan. Oleh itu sewajarnya kit ICSY100 diguna pakai bagi
               murid bermasalah dalam matematik secara khususnya. Kit ICSY100 ini juga telah disebar luas ke seluruh Malaysia
               bagi memberi ruang dan peluang kepada semua guru matematik untuk mengaplikasikannya ketika PdPc.
               Kata Kunci : operasi asas, ruang, koordinat, bahan bantu belajar

               KC05
                                                          EQ-STRIP

                                                  NOR HAZLI BINTI GHAZALI
                                          SK Jalan Matang Buluh, 34300 Bagan Serai, Perak
                                                      tcerhazly@gmail.com

               Inovasi bahan bantu belajar EQ-STRIP dijalankan bagi meningkatkan tahap pemahaman muridberkaitan penukaran
               unit yang melibatkan pecahan kepada nombor bulat dan sebaliknya sertapenukaran unit yang melibatkan pecahan
               dalam tajuk panjang, jisim dan isipadu cecair. Kajianini dijalankan ke atas murid tahun 6 NILAM SK Jalan Matang
               Buluh  yang  belum mencapai  tahappenguasaan  untuk mengaitkan  konsep  dan  prosedur bagi menyelesaikan  ayat
               matematik  yangmelibatkan  pecahan  unit.  Fokus  inovasi  ini  adalah  untuk  meningkatkan  tahap  pemahaman
               muriduntuk menukar unit dalam pecahan melalui bahan bantu belajar yang dikenali sebagai EQ-STRIP (Equivalent
               Strip)  yang  boleh  menjana  minda  respondan  untuk  memahami  konsep  penukaranunit  melibatkan  pecahan.  EQ-
               STRIP disediakan dalam bentuk bahan maujud yang membolehkanmurid berinteraksi antara soalan dan jawapan.
               Strategi  ini  membolehkan  murid  melakukanpembelajaran  konstruktivisme  dimana  pembelajaran  ini  merupakan
               proses  murid-murid  membinapengetahuan  secara  aktif  daripada  pengalaman.  Inovasi  ini  merangkumi  tajuk
               penukaran unitmelibatkan pecahan juta, jisim, ukuran panjang dan isipadu cecair. Setiap murid dibekalkandengan
               satu  set  EQ-STRIP  yang  mana  murid  tidak  perlu  berkongsi  alat  bantu  belajar  ini  danianya  bertepatan  dengan
               tuntutan norma baharu yang menitikberatkan amalan penjarakan sosial,tidak berkongsi alatan dengan orang lain dan
               kebersihan.  Hasil  intervensi,  didapati  murid  berjayamenukar  unit  melibatkan  pecahan  malah  mampu  untuk
               menyelesaikan  soalan  melibatkan  faktaasas  matematik.  EQ-STRIP  berpotensi  untuk  dikomersialkan  kerana  kos
               untuk menghasilkannyaberpatutan dan ianya membantu murid sederhana dan lemah memahami konsep penukaran
               unitmelibatkan  pecahan.  EQ-STRIP  juga boleh  digunakan oleh murid  tahun  5.  EQ-STRIPdidatangkan  dalam jalur
               yang berwarna-warni bagi menarik minat serta menguatkan dayaingatan murid untuk menukar unit.
               Kata Kunci : equivalent, penukaran unit, pecahan, nombor bulat,striP
               KC06
                                                           FASRE

                                                 MUHAMAD FAZRI BIN HASSAN
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25